Lihat dan edit profil Game Center anda pada Mac
Apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda, akaun Game Center dicipta untuk anda (jika masih belum wujud). Anda boleh melihat, mengedit dan mengurus profil serta keutamaan Game Center anda. Anda juga boleh Melihat dan mengurus rakan dalam Game Center.
Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam Game Center
Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam Game Center untuk bermain atau meneruskan bermain permainan.
Petua: Anda boleh bermain dan mengakses kemajuan permainan anda pada semua peranti Apple anda apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian Game Center dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan Game Center, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Gunakan Akaun Apple yang sama dengan Mac anda: Untuk menggunakan Akaun Apple yang sama dengan Game Center yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke Mac anda, klik Gunakan Akaun Ini.
Gunakan akaun berbeza: Untuk menggunakan Akaun Apple berbeza, klik Pilih Akaun Berbeza dan ikuti arahan untuk mendaftar masuk.
Lihat profil Game Center anda
Profil Game Center anda menunjukkan nama panggilan, pencapaian, rakan anda, permainan yang anda mainkan baru-baru ini dan aktiviti anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian Game Center dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Tunjukkan Profil untuk membuka profil anda dalam App Store .
Anda juga boleh melihat banyak elemen profil anda dalam papan pemuka Aktiviti Game Center, yang anda boleh akses dari dalam permainan.
Edit nama panggilan Game Center anda
Anda boleh mengedit nama panggilan yang anda mahu orang lain lihat dalam Game Center. Nama panggilan ini kelihatan kepada rakan anda dan semua orang untuk permainan dengan papan juara global.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian Game Center dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Sesuaikan Profil, kemudian masukkan nama panggilan yang anda mahu lihat dalam medan Nama Panggilan.
Untuk menukar seting privasi Game Center anda, lihat seting Game Center pada Mac.
Daftar keluar daripada Akaun Apple anda dalam Game Center
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian Game Center dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke bahagian bawah seting Game Center, kemudian klik Daftar Keluar.