Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam App Store pada Mac
Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam App Store pada Mac anda untuk mencari, membeli, mengemas kini dan memuat turun app.
Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam App Store
Pergi ke app App Store pada Mac anda.
Klik Daftar Masuk di penjuru kiri bawah tetingkap App Store.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Cipta Akaun Apple (jika anda belum mempunyai akaun): Klik Cipta Akaun Apple, kemudian ikut arahan atas skrin.
Lihat seting akaun: Klik nama anda di penjuru kiri bawah, kemudian klik Seting Akaun di bahagian atas tetingkap (daftar masuk lagi jika perlu).
Maklumat akaun termasuk maklumat pengebilan, item tersembunyi, sejarah pembelian dan nama panggilan yang anda gunakan semasa anda membuat ulasan app. Anda juga boleh melihat maklumat Perkongsian Keluarga jika anda menguruskan kumpulan Perkongsian Keluarga.
Daftar masuk ke Akaun Apple berbeza dalam App Store
Anda boleh menukar Akaun Apple yang anda gunakan untuk App Store pada bila-bila masa.
Pergi ke app App Store pada Mac anda.
Pilih Kedai > Daftar Keluar.
Klik Daftar Masuk di penjuru kiri bawah tetingkap App Store.
Masukkan alamat e-mel atau nombor telefon untuk Akaun Apple, kemudian ikuti arahan atas skrin.