Gunakan berbilang app pada masa yang sama pada iPad
Pada model yang disokong, anda boleh bekerja dengan lebih dari satu app pada masa yang sama. Anda boleh menggunakan Slide Over dan Split View dengan banyak app termasuk Safari, Nota, Foto dan Kalendar. Anda boleh menggunakan Gambar dalam Gambar dengan FaceTime, Apple TV dan banyak lagi.
Buka app dalam Split View
Gunakan Split View untuk membuka dua app dalam paparan boleh disaiz semula.
Buka app kedua dalam Split View: Semasa menggunakan app, leret ke atas dari pinggir bawah dan jeda untuk mendedahkan Dock. Sentuh dan tahan app dalam Dock, seret ke pinggir kanan atau kiri skrin, kemudian angkat jari anda. Jika dua app telah dibuka, seret ke atas app yang anda mahu gantikan.
Untuk memberikan ruang yang sama kepada kedua-dua app, seret pembahagi ke tengah skrin.
App yang anda gunakan bersama dalam Split View dipasangkan, jadi kedua-duanya terbuka apabila anda memilih salah satu daripada Penukar App atau daripada Dock.
Buka Split View daripada skrin Utama: Sentuh dan tahan app dalam skrin Utama atau dalam Dock, seretnya lebih kurang satu lebar jari, kemudian teruskan menahannya sambil anda mengetik app lain dengan jari lain. Selepas app kedua dibuka, seret app yang anda tahan ke pinggir kiri atau kanan skrin, kemudian angkat jari anda. (Jika anda tidak menyeret app cukup jauh pada awalnya, semua app dalam skrin Utama akan mula bergoyang, yang membenarkan anda untuk menyusun semula skrin Utama anda. Untuk mula semula tanpa menyusun semula, tekan butang Utama (model dengan butang Utama) atau ketik Selesai (model lain).)
Untuk menukar Split View kepada Slide Over, leret ke bawah dari bahagian atas app dalam paparan lebih kecil. (Lihat Gunakan Slide Over untuk meleret app ke atas app terbuka.)
Untuk menutup Split View, seret pembahagi app ke kiri atau kanan, bergantung pada app yang anda mahu tutup.
Gunakan Slide Over untuk meleret app ke atas app terbuka
Anda boleh bekerja pada app yang meluncur di hadapan app terbuka lain.
Anda juga boleh bekerja pada satu app dalam Slide Over semasa bekerja pada dua app lain yang dibuka pada Split View.
Buka app dalam Slide Over: Semasa menggunakan app, leret ke atas dari pinggir bawah dan jeda untuk mendedahkan Dock. Sentuh dan tahan app dalam Dock, kemudian seretnya ke atas Dock.
Jika app telah dibuka dalam Slide Over, ia digantikan oleh app yang anda seret daripada Dock. Untuk membuka app ketiga dalam Slide Over apabila skrin dalam Split View, seret app daripada Dock ke app pembahagi Split View. (Lihat Buka app dalam Split View.) Pada sesetengah model, anda boleh bekerja pada ketiga-tiga app serentak.
Buka app dalam Slide Over daripada skrin Utama: Sentuh dan tahan app dalam skrin Utama atau dalam Dock, seretnya lebih kurang satu lebar jari, kemudian teruskan menahannya sambil anda mengetik app lain dengan jari lain. Selepas app kedua terbuka, angkat jari anda. (Jika anda tidak menyeret app cukup jauh pada awalnya, semua app dalam skrin Utama akan mula bergoyang, yang membenarkan anda untuk menyusun semula skrin Utama anda. Untuk mula semula tanpa menyusun semula, tekan butang Utama (model dengan butang Utama) atau ketik Selesai (model lain).)
Alihkan app dalam Slide Over keluar dan masuk skrin: Seret atas tetingkap Slide Over keluar pinggir kanan skrin. Untuk melihatnya semula daripada sebarang app terbuka lain, leret dari kanan.
Alihkan app dalam Slide Over ke sebelah lain skrin: Seret dari bahagian atas tetingkap Slide Over.
Untuk menukar Slide Over kepada Split View, leret ke bawah dari bahagian atas tetingkap Slide Over. (Lihat Buka app dalam Split View.)
Berbilang tugas dengan Gambar dalam Gambar
Anda boleh menggunakan FaceTime atau menonton video semasa anda menggunakan app lain.
Gunakan Gambar dalam Gambar: Semasa menonton video atau menggunakan FaceTime, ketik atau tekan butang Utama (model dengan butang Utama). Tetingkap video diskalakan ke penjuru paparan anda supaya anda boleh melihat skrin Utama dan membuka app lain.
Saiz semula tetingkap video: Cubit buka untuk membuatkan tetingkap video kecil menjadi besar; cubit tutup untuk mengecilkannya lagi.
Tunjuk dan sembunyikan kawalan: Ketik tetingkap FaceTime atau video.
Alihkan tetingkap video: Seretnya ke penjuru berlainan skrin.
Sembunyikan tetingkap video: Seretnya keluar ke pinggir kiri atau kanan skrin.
Tutup tetingkap video: Ketik .
Kembali ke skrin FaceTime atau video penuh: Ketik dalam tetingkap video kecil.
Tukar seting untuk berbilang tugas
Pergi ke Seting > Umum > Berbilang Tugas & Dock.
Anda boleh menukar seting seperti berikut:
Benarkan Berbilang App: Aktifkan atau nyahaktifkan Split View dan Slide Over.
Gambar dalam Gambar: Apabila ini diaktifkan, video terus bermain dalam tindanan, walaupun apabila menekan butang Utama.