Panduan Pengguna iPad
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk model dengan Face ID
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar atau nyahaktifkan bunyi
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Melancong dengan iPad
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPad menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPad
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Sambung ke TV, projektor, atau monitor
- Kawal audio pada berbilang peranti
- Apple Pencil
- Gunakan Smart Keyboard dan Folio Smart Keyboard
- Gunakan Magic Keyboard
- AirPrint
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Instant Hotspot
- Hotspot Peribadi
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPad menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Zum app untuk memenuhi skrin
- Dapatkan maklumat tentang iPad anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPad
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Pernyataan pematuhan ENERGY STAR
- Hak Cipta
Kembalikan seting iPad kepada lalainya
Anda boleh mengembalikan seting ke lalai tanpa memadam kandungan anda.
Jika anda mahu menyimpan seting anda, sandarkan iPad menggunakan iCloud atau iTunes sebelum mengembalikannya kepada lalai. Contohnya, jika anda cuba menyelesaikan masalah tetapi mengembalikan seting ke lalai tidak membantu, anda mungkin mahu memulihkan seting anda sebelumnya daripada sandaran.
Pergi ke Seting > Umum > Reset.
Pilih pilihan:
AMARAN: Jika anda memilih pilihan Padam Semua Kandungan dan Seting, semua kandungan anda dikeluarkan. Lihat Padam semua kandungan dan seting daripada iPad.
Reset Semua Seting: Semua seting—termasuk seting rangkaian, kamus papan kekunci, tataletak skrin Utama, seting lokasi, seting privasi dan kad Apple Pay—dikeluarkan atau direset ke lalainya. Tiada data atau media dipadam.
Reset Seting Rangkaian: Hanya seting rangkaian dikeluarkan.
Apabila anda mereset seting rangkaian, senarai rangkaian yang digunakan sebelumnya dan seting VPN yang tidak dipasang oleh profil konfigurasi atau pengurus peranti bimbit (MDM) akan dikeluarkan. Wi-Fi dinyahaktifkan dan kemudian diaktifkan semula, memutuskan sambungan anda daripada sebarang rangkaian. Seting Wi-Fi dan Minta Menyertai Rangkaian kekal aktif.
Untuk mengeluarkan seting VPN yang dipasang oleh profil konfigurasi, pergi ke Seting > Umum > Pengurus Profil & Peranti, pilih profil konfigurasi, kemudian ketik Keluarkan Profil. Ini juga mengeluarkan seting dan akaun lain yang disediakan oleh profil. Lihat Pasang atau keluarkan profil konfigurasi pada iPad dalam panduan ini.
Untuk mengeluarkan seting rangkaian yang dipasang oleh MDM, pergi ke Seting > Umum > Pengurus Profil & Peranti, pilih pengurusan, kemudian ketik Keluarkan Pengurusan. Ini juga mengeluarkan seting dan sijil lain yang disediakan oleh MDM. Lihat “Pengurus Peranti Bimbit (MDM)” dalam Rujukan Pengerahan iOS.
Reset Kamus Papan Kekunci: Anda tambah perkataan ke kamus papan kekunci dengan menolak perkataan yang dicadangkan iPad sambil anda menaip. Mereset kamus papan kekunci hanya memadam perkataan yang telah anda tambah.
Reset Tataletak Skrin Utama: Mengembalikan app terbina dalam kepada tataletak asalnya pada skrin Utama.
Reset Lokasi & Privasi: Mereset perkhidmatan lokasi dan seting privasi kepada seting lalai.
Jika anda mahu menggunakan iTunes untuk memadamkan kandungan dan juga seting anda dan kemudian memulihkan iPad kepada seting kilang, lihat Pulihkan iPad kepada seting kilang dengan iTunes. Jika anda mahu memadamkan sepenuhnya semua kandungan dan seting, lihat Padam semua kandungan dan seting daripada iPad.