Panduan Pengguna iPad
- Selamat Datang
- Baru dalam iOS 12
-
- Bangunkan dan buka kunci
- Ketahui gerak isyarat asas
- Ketahui gerak isyarat untuk model dengan Face ID
- Terokai skrin Utama dan app
- Tukar seting
- Ambil gambar skrin
- Laraskan kelantangan
- Tukar atau nyahaktifkan bunyi
- Cari kandungan
- Guna dan sesuaikan Pusat Kawalan
- Lihat dan susun Paparan Hari Ini
- Akses ciri daripada skrin Kunci
- Melancong dengan iPad
- Setkan masa skrin, peruntukan dan had
- Selaraskan iPad menggunakan iTunes
- Cas dan pantau bateri
- Ketahui makna ikon status
-
- Aksesori yang disertakan dengan iPad
- Sambungkan peranti Bluetooth
- Strim audio dan video ke peranti lain
- Sambung ke TV, projektor, atau monitor
- Kawal audio pada berbilang peranti
- Apple Pencil
- Gunakan Smart Keyboard dan Folio Smart Keyboard
- Gunakan Magic Keyboard
- AirPrint
- Handoff
- Gunakan Papan Klip Universal
- Buat dan terima panggilan Wi-Fi
- Instant Hotspot
- Hotspot Peribadi
- Pindahkan fail dengan iTunes
-
-
- Bermula dengan ciri kebolehcapaian
- Pintasan Kebolehcapaian
-
-
- Aktifkan dan berlatih menggunakan VoiceOver
- Tukar seting VoiceOver anda
- Pelajari gerak isyarat VoiceOver
- Kendalikan iPad menggunakan gerak isyarat VoiceOver
- Kawal VoiceOver menggunakan rotor
- Gunakan papan kekunci atas skrin
- Tulis dengan jari anda
- Kawal VoiceOver dengan Magic Keyboard
- Taipkan braille atas skrin menggunakan VoiceOver
- Gunakan paparan braille
- Gunakan VoiceOver dalam app
- Sebut pilihan, sebut skrin, maklum balas penaipan
- Zum
- Kanta Pembesar
- Seting paparan
- Face ID dan perhatian
-
- Akses Dibantu
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Zum app untuk memenuhi skrin
- Dapatkan maklumat tentang iPad anda
- Lihat atau tukar seting selular
- Ketahui lanjut tentang perisian dan perkhidmatan iPad
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Laser Kelas 1
- Apple dan persekitaran
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Pernyataan pematuhan ENERGY STAR
- Hak Cipta
Pindahkan item dengan seret dan lepas pada iPad
Dengan seret dan lepas, anda boleh menggunakan jari untuk memindahkan teks dan item dalam app serta menyalin item daripada satu app ke app yang lain. Sebagai contoh, anda boleh seret masuk teks daripada Safari ke dalam e-mel, imej daripada Foto ke dalam nota atau peristiwa kalendar ke dalam mesej teks. (Tidak semua app pihak ketiga menyokong seret dan lepas.)
Pindahkan item
Sentuh dan tahan item sehingga ia terangkat (jika ia adalah teks, pilihnya dahulu).
Seretnya ke lokasi lain dalam app.
Jika anda menyeret ke bawah atau atas dokumen panjang, ia skrol secara automatik.
Salin item antara app terbuka
Buka dua app, kemudian sentuh dan tahan item sehingga ia terangkat (jika ia adalah teks, pilihnya dahulu).
Seret ke dalam app lain.
Sambil anda menyeret, muncul di mana-mana tempat anda boleh lepaskan item. Jika anda menyeret ke bawah atau atas dokumen panjang, ia skrol secara automatik.
Petua: Jika anda mahu menyeret item ke nota atau e-mel baru, sebagai contoh, buka nota atau e-mel baru dahulu supaya anda boleh seret item terus padanya.
Salin item ke app pada skrin Utama atau dalam Dock
Sentuh dan tahan item sehingga ia terangkat (jika ia adalah teks, pilihnya dahulu).
Semasa anda terus menahan item, gunakan jari lain untuk meleret ke atas dari pinggir bawah skrin dan jeda untuk mendedahkan Dock atau tekan butang Utama (model dengan butang Utama).
Seret item ke atas app lain untuk membukanya (imej hantu item muncul di bawah jari anda semasa anda menyeret).
Anda boleh menyeret item di dalam app untuk menavigasi tempat yang anda mahu lepaskan item (semasa anda menyeret, muncul di mana-mana tempat anda boleh lepaskan item). Sebagai contoh, anda boleh menyeret senarai nota untuk membuka nota di tempat yang anda mahu lepaskan item atau anda boleh gunakan jari lain untuk membuka nota baru di tempat yang anda mahu lepaskan item.
Pilih berbilang item untuk dipindahkan
Sentuh dan tahan item pertama dipilih, seretnya sedikit dan teruskan menahannya.
Sementara masih menahan item pertama, ketik item tambahan dengan jari lain. Lencana menunjukkan bilangan item dipilih.
Seret semua item sekaligus.
Jika anda bertukar fikiran
Angkat jari anda sebelum menyeret atau seret item ke luar skrin.