Taip dan edit teks pada iPhone
iPhone mempunyai banyak app yang anda boleh memasukkan teks—sebagai contoh, Kenalan, Mesej, Nota dan Mail. Gunakan papan kekunci atas skrin untuk menaipkan maklumat dalam medan teks.
Masukkan teks menggunakan papan kekunci atas skrin
Dalam sebarang app yang membenarkan pengeditan teks, buka papan kekunci atas skrin dengan mengetik medan teks. Kemudian ketik kekunci untuk menaip. Jika anda menyentuh kekunci yang salah, anda boleh meluncurkan jari anda ke kekunci yang betul. Huruf tidak dimasukkan sehingga anda mengangkat jari anda daripada kekunci.
Semasa memasukkan teks, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Taipkan huruf besar: Ketik Shift, atau sentuh kekunci Shift dan leret ke huruf.
Aktifkan Caps Lock: Dwiketik Shift.
Tamatkan ayat cepat dengan noktah dan ruang: Dwiketik bar Space.
Masukkan nombor, tanda baca, atau simbol: Ketik kekunci Nombor atau kekunci Simbol .
Buat asal editan terakhir: Goncang iPhone, kemudian ketik Buat Asal.
Masukkan emoji: Ketik atau untuk bertukar ke papan kekunci Emoji.
Masukkan huruf beraksen atau aksara alternatif lain: Tekan dan tahan kekunci, kemudian luncur untuk memilih salah satu pilihan.
Betulkan ejaan
Semasa memasukkan teks, jika anda melihat perkataan digariskan dengan warna merah, anda boleh membetulkannya.
Ketik perkataan bergaris bawah untuk melihat cadangan pembetulan.
Ketik cadangan untuk menggantikan perkataan bergaris bawah.
Jika perkataan yang anda inginkan tidak muncul, taipkan pembetulan.
Taip dengan satu tangan
Untuk menjadikannya mudah untuk menaip dengan satu tangan, anda boleh menggerakkan kekunci lebih dekat ke ibu jari anda (semua model kecuali iPhone SE dan iPhone 5s).
Sentuh dan tahan atau .
Leret untuk memilih satu daripada tateletak papan kekunci. (Sebagai contoh, pilih untuk mengalihkan papan kekunci ke sebelah kanan skrin.)
Setkan pilihan penaipan
Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ciri penaipan, seperti semakan ejaan dan pembetulan auto.
Semasa menaip menggunakan papan kekunci atas skrin, sentuh dan tahan atau , kemudian leret ke Seting Papan Kekunci. Anda juga boleh pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci.
Dalam senarai, aktifkan atau nyahaktifkan ciri penaipan istimewa.
Pada iPhone 6 dan lebih baru, papan kekunci atas skrin disertakan kekunci tambahan yang boleh dilihat apabila anda pegang iPhone dalam orientasi landskap.
Anda juga boleh menggunakan Magic Keyboard (tersedia berasingan) untuk memasukkan teks, atau merencana teks berbanding menaip.
Lihat Gunakan Magic Keyboard atau Rencanakan teks pada iPhone.
Pilih dan semak teks
Untuk memasukkan teks atau menyemak semula atau menggantikan teks sedia ada, lakukan mana-mana daripada berikut:
Tempatkan titik pemasukan di tempat anda mahu masukkan teks: Sentuh dan tahan teks untuk menunjukkan kanta pembesar, seret untuk menempatkan titik pemasukan, kemudian mula menaip (anda boleh mengabaikan menu yang muncul).
Pilih teks untuk ganti: Letakkan titik pemasukan seperti diterangkan di atas, kemudian angkat jari anda. Dalam menu yang muncul, ketik untuk memilih perkataan atau semua teks, kemudian seret titik sambar untuk memilih lebih atau kurang teks. Taip untuk menggantikannya.
Pilih teks untuk semak semula: Ketik titik pemasukan untuk memaparkan pilihan pemilihan, atau dwiketik perkataan untuk memilihnya, seret titik sambar untuk memilih lebih banyak atau kurang teks, kemudian ketik untuk melihat semua pilihan:
Ketik Potong, Salin, atau Tampal.
Ketik B/I/U untuk memformatkan teks dipilih.
Ketik Gantikan untuk melihat teks gantian dicadangkan; atau menjadikan Siri mencadangkan teks alternatif.
Dengan Papan Klip Universal, anda boleh memotong atau menyalin sesuatu pada satu peranti Apple dan tampalnya ke peranti lain. Anda juga boleh gunakan seret dan lepas untuk mengalihkan teks dipilih di dalam app.
Tukar papan kekunci anda menjadi trackpad
Sentuh dan tahan bar Space (atau tekan papan kekunci pada model dengan 3D Touch) sehingga papan kekunci bertukar kelabu terang.
Gerakkan titik pemasukan dengan menyeret sekitar papan kekunci.
Pada model dengan 3D Touch, tanpa mengangkat jari anda, tekan kuat sedikit untuk memilih perkataan, kemudian seret untuk memilih lebih banyak teks.
Untuk memilih ayat, tekan dua kali. Untuk memilih perenggan, tekan tiga kali.
Lihat Gunakan 3D Touch untuk pratonton dan pintasan pada iPhone.