Sertai Apple Music menggunakan iTunes pada PC
Apple Music menyediakan akses kepada berjuta-juta lagu dan video. Sebagai pelanggan Apple Music, anda boleh melakukan yang berikut:
Mainkan lagu, rancangan TV, filem dan video muzik disyorkan pada sehingga 10 komputer dan peranti
Muat turun lagu dan video supaya anda boleh mendengarnya walaupun anda tidak berada dalam talian
Lihat apa yang penyumbang Apple Music dengar dan langgan senarai main mereka
Mainkan radio Apple Music—stesen yang dicipta oleh pakar yang anda boleh dengar sepanjang hari.
Cipta profil Apple Music dan kemudian temui muzik baru bersama rakan dengan berkongsi senarai main anda dan muzik yang anda dengar
Uruskan seting Apple Music anda seperti pemberitahuan
Dalam app iTunes pada PC anda, daftar masuk menggunakan Apple ID anda jika anda belum mendaftar masuk.
Jika anda tidak mempunyai Apple ID, anda boleh menciptanya sewaktu persediaan.
Pilih Muzik daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Untukmu.
Klik Cuba Sekarang, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Apabila anda menyertai Apple Music sebagai pelanggan baru, langganan adalah percuma untuk satu tempoh percubaan.
Pada penghujung tempoh percubaan, langganan anda akan diperbaharui setiap bulan. Untuk mendapatkan maklumat tentang menyahaktifkan pembaharuan automatik, lihat artikel Sokongan Apple Lihat atau batalkan langganan anda.
Sebarang item dalam koleksi muzik anda yang tidak tersedia dalam Apple Music akan dimuat naik secara automatik ke iCloud, supaya anda boleh mengaksesnya daripada komputer dan peranti anda yang lain.
Untuk mengetahui cara untuk menambah kandungan lain ke iTunes, lihat Cara untuk menambah item.