Masukkan dan lihat lirik dalam iTunes pada PC
Jika anda pelanggan Apple Music, anda boleh lihat lirik untuk lagu yang sedang dimainkan. Anda juga boleh memasukkan lirik lagu ke dalam iTunes dan melihatnya pada bila-bila masa. Anda tidak boleh menambah lirik pada sesetengah jenis fail, seperti WAV.
Lihat lirik lagu untuk lagu yang sedang dimainkan
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Klik butang Seterusnya , kemudian klik Lirik.
Masukkan lirik lagu
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Klik kanan lagu, kemudian pilih Info Lagu.
Klik Lirik, kemudian pilih Lirik Tersuai di bahagian bawah tetingkap.
Masukkan perkataan ke dalam lagu, kemudian klik OK.
Untuk menyelaraskan lirik tersuai merentas peranti, anda memerlukan langganan Apple Music atau iTunes Match.