Selaraskan kenalan dan app lain dalam iTunes pada PC dengan peranti
Anda boleh menggunakan iTunes untuk menyelaraskan kenalan, kalendar dan penanda buku Safari pada komputer anda dengan iPod, iPhone atau iPad anda. iTunes turut menyelaraskan maklumat ini daripada peranti anda ke komputer anda—contohnya, jika anda menambah kenalan pada iPad anda, penyelarasan menambah kenalan tersebut pada buku alamat Windows atau Outlook Express pada komputer anda.
Nota: Jika anda menggunakan OS X 10.9.5 atau lebih baru, anda boleh menyelaraskan kenalan dan kalendar sahaja. Info jenis lain dikemas kini pada komputer dan peranti iOS anda melalui iCloud. Lihat Bantuan iCloud.
Selaraskan kenalan dan info lain dengan iPod touch, iPhone, atau iPad
Apabila anda menyelaraskan, iTunes menentukan sama ada peranti anda atau komputer anda mengandungi maklumat terkini dan membolehkan anda memilih maklumat yang anda mahu selaraskan.
Sambungkan peranti anda ke komputer anda.
Dalam app iTunes pada PC anda, klik butang Peranti berdekatan bahagian kiri atas tetingkap iTunes.
Klik Info.
Pilih item yang anda mahu selaraskan.
Klik Guna.
Selaraskan kenalan dan info lain dengan iPod nano atau iPod classic
Nota: iPod classic, iPod nano dan iPod shuffle adalah disokong menggunakan iTunes pada Windows 7, Windows 8 dan Windows 10.
Sambungkan peranti anda ke komputer anda.
Dalam app iTunes pada PC anda, klik butang Peranti berdekatan bahagian kiri atas tetingkap iTunes.
Klik Info.
Pilih item yang anda mahu selaraskan.
Maklumat kenalan dan kalendar anda dikemas kini pada iPod anda pada setiap kali anda menyambungkannya ke komputer anda. Anda juga boleh mengemas kini maklumat anda pada bila-bila masa peranti anda disambungkan dengan memilih Fail > Selaraskan iPod dalam iTunes.
Jika anda mempunyai masalah penyelarasan, cuba selaraskan maklumat tertentu sahaja. Contohnya, nyahpilih kotak semak Selaraskan pada anak tetingkap Muzik, Foto, Podcast, Filem dan Rancangan TV dan cuba selaraskan Info sahaja.
Anda juga boleh menyelaraskan maklumat secara wayarles dengan iPod touch, iPhone, atau iPad anda menggunakan iCloud atau Microsoft Exchange. Sebarang item yang anda selaraskan dengan aplikasi ini juga boleh diselaraskan dengan iTunes.
Lihat dokumentasi yang disertakan dengan peranti anda atau Tapak web Sokongan Apple.