Tukar keutamaan Lanjutan dalam iTunes pada PC
Dalam app iTunes pada PC anda, gunakan anak tetingkap Lanjutan daripada keutamaan iTunes untuk mengesetkan dan menyusun folder iTunes Media anda, pilih cara untuk menunjukkan Pemain Mini dan tetingkap filem dan banyak lagi.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Lanjutan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lokasi folder iTunes Media | Untuk menukar tempat lagu dan fail lain yang anda import ke dalam iTunes diletakkan, klik Tukar. Untuk menukar kembali ke lokasi asal untuk fail (Muzik\iTunes), klik Reset. | ||||||||||
Pastikan Folder iTunes Media tersusun | Masukkan muzik yang diimport secara automatik ke dalam folder untuk album dan artis. | ||||||||||
Salin fail ke folder iTunes Media apabila menambah pada pustaka | Salin item ke folder iTunes Media apabila anda menyeret item ke tetingkap iTunes atau pilih Fail > Tambah Fail ke Pustaka. Jika anda mahu item untuk muncul dalam iTunes tetapi turut berada di lokasi asalnya, nyahpilih kotak semak ini. Contohnya, anda boleh menyimpan muzik yang diimport dari CD komputer anda dan menyimpan fail video anda pada peranti storan luaran. Menekan kekunci Option semasa menyeret akan membalikkan seting kotak semak semasa buat sementara. | ||||||||||
Kongsi XML Pustaka iTunes dengan aplikasi lain | Benarkan aplikasi lain untuk mengakses pustaka iTunes anda. | ||||||||||
Reset semua amaran dialog | Jika anda memilih “Jangan tunjukkan mesej ini lagi” dalam satu atau lebih dialog (tetingkap kecil dengan mesej di dalamnya), mengklik “Reset amaran” membuatkan mesej muncul sekali lagi. | ||||||||||
Reset cache iTunes Store | iTunes menyimpan halaman kedai yang anda lawati pada komputer anda dalam lokasi sementara yang dipanggil cache. Jika anda kembali kemudian, iTunes boleh mengambil halaman daripada cache lebih pantas daripada mendapatkannya daripada internet. Jika kandungan halaman kelihatan lapuk, anda boleh mereset cache untuk mengambil versi terkini. Jika anda rasa halaman tidak dibuka dengan sempurna, mereset cache mungkin membantu. | ||||||||||
Reset pengecam podcast | Jika kandungan Podcast kelihatan lapuk, reset pengecam podcast untuk mengambil versi terkini. | ||||||||||
Maklumkan saya jika iTunes bukan pemain lalai untuk fail audio | iTunes memaparkan amaran jika aplikasi lain menjadi pemain audio lalai. | ||||||||||
Letakkan Pemain Mini di atas semua tetingkap lain | Kekalkan Pemain Mini di bahagian depan semua tetingkap yang terbuka, walaupun semasa anda menggunakan aplikasi selain daripada iTunes. | ||||||||||
Letakkan tetingkap filem di atas semua tetingkap lain | Apabila memainkan filem dalam tetingkap berasingan, paparkan tetingkap filem di bahagian depan semua tetingkap terbuka, walaupun apabila anda menggunakan aplikasi selain daripada iTunes. | ||||||||||
Tunjukkan ikon iTunes dalam dulang sistem | Paparkan atau sembunyikan ikon iTunes dalam kawasan pemberitahuan pada bar tugas Windows. Jika anda menunjukkan ikon dalam dulang sistem, anda boleh memilih untuk meminimumkan tetingkap iTunes ke kawasan pemberitahuan. | ||||||||||
Dayakan navigasi papan kekunci penuh | Kawal iTunes menggunakan papan kekunci anda, walaupun iTunes tidak berada dalam tetingkap aktif. | ||||||||||
Semak untuk kemas kini perisian baru secara automatik | Paparkan mesej apabila versi baru iTunes tersedia. Nota: Pilihan ini tidak tersedia apabila anda memasang iTunes daripada Microsoft Store. Lihat Kemas Kini iTunes. | ||||||||||
Hantar data diagnostik & penggunaan kepada Apple | Berikan kebenaran anda untuk mengumpul dan menganalisis maklumat diagnostik dan penggunaan daripada peranti anda. Lihat Hantar maklumat diagnostik dan penggunaan iPhone, iPad atau iPod touch anda kepada Apple. |