Tukar keutamaan Main Balik dalam iTunes pada PC
Dalam app iTunes pada PC anda, gunakan anak tetingkap Main Balik daripada keutamaan iTunes untuk memilih cara untuk memudar masuk dan keluar lagu, tukar kualiti muzik semasa main balik dan banyak lagi.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Main Balik.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pudar Silang Lagu | Pudar masuk dan keluar lagu tanpa kesenyapan antara lagu. Seret gelangsar untuk menukar jumlah masa yang diambil untuk lagu semasa pudar keluar pada penghujung dan lagu baru untuk pudar masuk. | ||||||||||
Peningkat Bunyi | Tukar kualiti bunyi muzik semasa main balik. Seret gelangsar untuk meningkatkan atau mengurangkan kesan Peningkat Bunyi. | ||||||||||
Periksa Bunyi | Mainkan semua muzik dan video pada kelantangan yang sama. | ||||||||||
Kualiti Main Balik Video | Pilih pilihan (Terbaik Tersedia atau Baik) yang terbaik untuk komputer anda. | ||||||||||
Resolusi Maksimum | Pilih resolusi maksimum untuk video. Video dengan resolusi lebih kecil daripada maksimum tidak diskala besar. | ||||||||||
Mainkan Perihalan Audio Apabila Tersedia | Jika tersedia, mainkan perihalan kandungan visual secara automatik. | ||||||||||
Gaya Kapsyen | Kawal cara sari kata digayakan dan sama ada untuk menggunakan kapsyen tertutup dan SDH apabila tersedia. | ||||||||||
Main Audio Menggunakan | Untuk membolehkan bunyi sistem dari komputer anda didengari semasa mendengar audio, pilih Direct Sound. Untuk menyahaktifkan bunyi sistem semasa main balik, pilih Sesi Audio Windows. | ||||||||||
Kadar Sampel Untuk Audio dan Bit Per Sampel Untuk Audio | Gunakan seting ini untuk menala halus kualiti main balik audio. Untuk hasil terbaik, seting mesti sepadan dengan seting anda dalam panel kawalan Bunyi dalam Windows. |