Gunakan Pemain Mini iTunes pada PC
Pemain Mini menggunakan ruang yang sangat sedikit pada skrin anda dan masih membolehkan anda melaraskan kelantangan, mencari lagu, memilih lagu seterusnya untuk dimainkan dan banyak lagi.
Pemain Mini memaparkan karya seni album untuk lagu yang sedang dimainkan. Apabila anda menggerakkan penuding ke atas karya seni, kawalan kelihatan.
Anda juga boleh mengecilkan skrin Pemain Mini kepada saiz yang lebih kecil.
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Lakukan mana-mana yang berikut untuk memainkan muzik atau video:
Jika anda tidak melihat Muzik, Filem atau Rancangan TV dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple Music atau app Apple TV yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple Music untuk Windows atau Panduan Pengguna Apple TV untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Pilih Paparan > Tunjukkan Pemain Mini.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Lihat dan edit senarai lagu akan datang: Klik di penjuru kanan bawah tetingkap Pemain Mini.
Kecilkan kepada skrin Pemain Mini yang lebih kecil: Dalam baris kawalan, klik , kemudian pilih Sembunyikan Karya Seni Besar Pemain Mini.
Untuk kembangkan kembali ke Pemain Mini penuh, klik , kemudian pilih Tunjukkan Karya Seni Besar Pemain Mini.
Keluar daripada Pemain Mini: Klik di penjuru kanan atas tetingkap Pemain Mini.
Petua: Untuk membuka Pemain Mini dengan cepat daripada kawalan main balik, klik karya seni album.
Untuk meletakkan Pemain Mini di latar depan pada desktop anda, pilih Edit > Keutamaan, klik Lanjutan, kemudian pilih “Letakkan Pemain Mini di atas semua tetingkap lain.”