Mainkan Radio Beats 1 atau Apple Music dalam iTunes pada PC
Beats 1 ialah stesen radio siaran langsung seluruh dunia yang tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ia merupakan cara yang hebat untuk menemui lagu dan artis atau mengikuti kegemaran anda. Beats 1 ialah sebahagian daripada Apple Music dan tersedia kepada pelanggan serta bukan pelanggan. Pelanggan boleh mengakses rancangan atas permintaan.
Dengan Radio Apple Music, anda boleh menikmati radio atas permintaan yang diperibadikan untuk anda dari muzik paling popular dalam iTunes Store. Anda boleh menala stesen yang ditampilkan yang disertakan dengan iTunes atau mencipta stesen anda sendiri mengikut cita rasa muzik anda. Radio Apple Music tersedia untuk pelanggan Apple Music sahaja.
Mainkan stesen
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Radio.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Mainkan stesen Radio Apple Music: Klik Ditampilkan atau Stesen, gerakkan penuding ke atas stesen, kemudian klik butang Main .
Anda boleh mengklik butang Seterusnya berdekatan bahagian kiri atas tetingkap iTunes untuk melangkau ke lagu seterusnya.
Dengari radio Beats 1: Klik Beats 1, kemudian klik Main Sekarang.
Cipta stesen
Anda boleh mencipta stesen di mana-mana sahaja dalam iTunes yang anda boleh mainkan lagu.
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih Muzik daripada menu timbul di sebelah kiri atas.
Klik kanan lagu, kemudian pilih Cipta Stesen.
Stesen baru tersedia dalam senarai Terbaru Dimainkan.