Gunakan Pustaka Muzik iCloud pada PC
Jika anda melanggan Apple Music atau iTunes Match, muzik anda disimpan dalam Pustaka Muzik iCloud anda. Anda boleh mengaksesnya pada bila-bila masa, apabila anda bersambung ke Internet.
Dalam Pustaka Muzik iCloud anda, anda boleh menyimpan yang berikut:
Sehingga 100,000 lagu, tidak termasuk lagu (atau video muzik) yang dibeli daripada iTunes Store; fail tidak boleh lebih besar daripada 200 MB
Lagu dipadankan (lagu yang tersedia dalam iTunes Store, sama ada anda membelinya di situ atau tidak) pada kualiti iTunes Plus (AAC 256 kbps bebas DRM) dan lagu lain pada kualiti asal
Video muzik yang dibeli dalam iTunes Store
Senarai main yang termasuk lagu sahaja
Peraturan Senarai Main Pintar, yang digunakan pada komputer atau peranti yang ia dimuat turun
Nota: Pustaka Muzik iCloud tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Aktifkan Pustaka Muzik iCloud pada komputer lain
Anda boleh mengaktifkan Pustaka Muzik iCloud pada komputer lain yang anda benarkan untuk mengakses pembelian iTunes anda.
Dalam app iTunes pada PC anda, daftar masuk ke iTunes Store menggunakan Apple ID yang sama yang anda gunakan untuk menyediakan Pustaka Muzik iCloud pada komputer pertama.
Pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Pilih kotak semak Pustaka Muzik iCloud.
Aktifkan Pustaka Muzik iCloud pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda
AMARAN: Selepas anda mengaktifkan Pustaka Muzik iCloud pada peranti, semua muzik yang berada pada peranti pada masa itu dipadamkan dan digantikan dengan lagu daripada iCloud. Juga, anda tidak boleh menggunakan iTunes untuk menyelaraskan muzik dengan peranti. Anda boleh menambah lagu pada peranti hanya dengan memuat turunnya daripada iCloud.
Dalam app iTunes pada PC anda, jika anda belum berbuat demikian, daftar masuk ke iTunes Store daripada peranti menggunakan Apple ID yang sama yang anda gunakan untuk menyediakan Pustaka Muzik iCloud pada komputer anda.
Pada skrin Utama peranti anda, ketik Seting, kemudian ketik Muzik.
Ketik untuk aktifkan Pustaka Muzik iCloud.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menambah lagu pada peranti anda daripada iCloud, lihat dokumentasi untuk peranti anda dan Tapak web Sokongan iCloud.