Tukar keutamaan Muat Turun dalam iTunes pada PC
Dalam app iTunes pada PC anda, gunakan anak tetingkap Muat Turun dalam keutamaan iTunes untuk memilih untuk memuat turun item secara automatik, serta memilih saiz dan kualiti yang anda mahukan.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Muat Turun.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Muat Turun Automatik | Muat turun item berikut secara automatik ke komputer ini daripada peranti lain anda (iPhone, iPad, iPod touch, atau pada komputer lain):
| ||||||||||
Sentiasa semak untuk muat turun yang tersedia | Semak secara automatik item yang anda telah beli sebelum ini daripada iTunes Store tetapi tidak dimuat turun. | ||||||||||
Muat turun video HD saiz penuh. | Muat turun fail definisi tinggi berkualiti tinggi yang tersedia untuk video yang anda beli atau sewa dari iTunes Store. Fail yang lebih tinggi kualitinya menggunakan lebih banyak ruang. | ||||||||||
Muat turun video SD saiz penuh. | Muat turun fail definisi standard berkualiti tinggi yang tersedia untuk video yang anda beli atau sewa dari iTunes Store. Fail yang lebih tinggi kualitinya menggunakan lebih banyak ruang. |