Tukar keutamaan Muat Turun dalam iTunes pada PC
Dalam app iTunes pada PC anda, gunakan anak tetingkap Muat Turun dalam keutamaan iTunes untuk memilih untuk memuat turun item secara automatik, sera memilih saiz dan kualiti yang anda mahukan.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih Edit > Keutamaan, kemudian klik Muat Turun.
Muat Turun Automatik | Apabila anda memuat pembelian daripada iTunes Store pada iPod touch, iPhone, atau iPad anda atau komputer lain, item yang dibeli boleh dimuat turun secara automatik ke komputer ini. Untuk memuat turun lagu Apple Music yang anda tambahkan pada peranti lain, pilih Muzik (pelanggan Apple Music sahaja). | ||||||||||
Sentiasa semak untuk muat turun yang tersedia | iTunes memaparkan bilangan item yang anda telah beli sebelum ini daripada iTunes Store tetapi tidak memuat turun. | ||||||||||
Muat turun video HD saiz penuh. | Pilih untuk muat turun fail definisi tinggi berkualiti tinggi yang tersedia untuk video yang anda beli atau sewa dari iTunes Store. Fail yang lebih tinggi kualitinya menggunakan lebih banyak ruang. | ||||||||||
Muat turun video SD saiz penuh. | Pilih untuk muat turun fail definisi standard berkualiti tinggi yang tersedia untuk video yang anda beli atau sewa dari iTunes Store. Fail yang lebih tinggi kualitinya menggunakan lebih banyak ruang. |