
Gunakan Apple Pencil dengan Keynote pada iPad
Anda boleh menggunakan Apple Pencil anda dalam Keynote pada iPad untuk menukar tulisan tangan kepada teks, mencipta lukisan, serta memilih dan menskrol seperti yang anda akan lakukan dengan jari anda. Secara lalai, apabila anda menggunakan Apple Pencil dalam Keynote, anda memasuki paparan menulis dan melukis. Jika anda mahu menggunakan Apple Pencil untuk menskrol dan memilih objek, anda boleh menukar seting lalainya.
Nota: Untuk menukar tulisan tangan anda kepada teks menggunakan Coretan, anda mesti mempunyai iPad yang serasi dengan iPadOS 14 atau lebih baharu dipasang. Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan ini.
Tukar kelakuan lalai Apple Pencil untuk Keynote
Jika anda mahu menggunakan Apple Pencil untuk menskrol serta memilih objek dan bukannya untuk menulis atau melukis, tukar seting lalainya. Seting Apple Pencil dalam Keynote hanya digunakan pada Keynote. Jika anda menukar seting dalam satu pembentangan, ia digunakan pada semua pembentangan Keynote tetapi tidak mempengaruhi aplikasi lain, seperti Pages dan Numbers.
Pergi ke app Keynote
pada iPad anda.
Buka pembentangan, ketik
, kemudian ketik Seting.
Dalam kawalan Apple Pencil (anda mungkin perlu menskrol ke bawah untuk melihatnya), aktifkan Pilih dan Skrol.
Apple Pencil Pro dan Apple Pencil (generasi ke-2) menyokong Dwiketik untuk Bertukar. Apabila Dwiketik untuk Bertukar diaktifkan, anda boleh dwiketik bahagian bawah Apple Pencil untuk mengaktifkan dan menyahaktifkan Pilih dan Skrol dengan cepat.
Jika anda menukar seting lalai ke Pilih dan Skrol, anda masih boleh menggunakan Apple Pencil untuk melukis dalam Keynote. Ketik dalam bar alat, kemudian ketik Lukisan.
Tukar tulisan tangan menjadi teks
Coretan ialah ciri iPad yang menukarkan tulisan tangan anda menjadi teks. Apabila anda memasangkan Apple Pencil dengan iPad yang disokong dengan iPadOS 14 atau lebih baharu dipasang, Coretan diaktifkan secara lalai. Untuk menyemak seting Coretan, atau untuk menyahaktifkan Coretan, pergi ke Seting > Apple Pencil.
Pergi ke app Keynote
pada iPad anda.
Buka pembentangan, kemudian ketik Apple Pencil pada slaid di tempat yang anda mahu tulis.
Nota: Dalam jadual, ketik sel jika anda mahu menggantikan semua kandungan sel. Untuk mengedit sel, ketik sel lagi untuk meletakkan titik sisipan di tempat anda mahu mula menulis.
Ketik alat Coretan dalam bar alat di bahagian bawah skrin, kemudian mula menulis.
Coretan berfungsi walaupun tulisan tangan anda melebihi pinggir kawasan teks.
Nota: Jika anda menyahaktifkan Coretan dalam Seting, atau bahasa yang menyokong Coretan tiada dalam senarai bahasa anda, alat Coretan tidak kelihatan dalam bar alat.
Semasa anda memasukkan teks dengan Apple Pencil, anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Padam perkataan: Goreskannya.
Masukkan teks: Ketik dan tahan dalam kawasan teks, kemudian mulakan menulis apabila ruang dibuka.
Sertakan atau pisahkan aksara: Lukis garisan menegak antara aksara.
Pilih teks: Bulatkan teks atau lukis garisan menerusinya. Seret pemegang pilihan dengan jari anda untuk menukar pilihan.
Mulakan perenggan baharu: Ketik
dalam bar alat di bahagian bawah skrin.
Tunjukkan papan kekunci: Ketik
dalam bar alat, kemudian ketik kunci papan kekunci untuk membetulkan teks, memadamkan aksara, menambah ruang dan banyak lagi.
Tukar kepada bahasa lain yang disokong: Ketik
dalam bar alat, kemudian ketik bahasa yang anda mahu gunakan (anda mesti telah menambah papan kekunci tersebut dalam Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci). Butang menunjukkan huruf awal bahasa yang dipilih (sebagai contoh, MY untuk Bahasa Melayu).
Buat asal tindakan terakhir: Ketik
dalam bar alat. Ketik berbilang kali untuk membuat asal semua tindakan terbaru anda.
Tambah kotak teks baharu: Mula menulis jauh daripada kawasan teks lain (seperti kotak teks lain atau jadual atau sel jadual dipilih). Kotak teks baharu dicipta untuk teks anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak ruang untuk menulis, seret pemegang bar alat ke mana-mana penjuru skrin anda. Untuk mengembalikan bar alat ke saiz penuh, ketik versi diminimumkan. Untuk mengesetkan bar alat supaya diminimumkan secara automatik apabila anda menulis, ketik , kemudian aktifkan Minimumkan Auto.