Gunakan Pandangan Meja pada Mac
Apabila menggunakan iPhone anda sebagai kamera web, anda boleh menggunakan Pandangan Meja dengan FaceTime dan app lain untuk menunjukkan muka anda dan paparan atas kepala meja anda pada masa yang sama, tanpa persediaan yang rumit.
Nota: Pandangan Meja hanya tersedia dengan iPhone 11 atau lebih baharu, kecuali iPhone SE.
Gunakan Pandangan Meja dengan FaceTime
Pergi ke app FaceTime pada Mac anda.
Pasang iPhone anda ke Mac anda dengan aksesori berdiri, kemudian gunakan iPhone anda sebagai kamera web.
Mulakan panggilan video anda, kemudian klik butang Pandangan Meja dalam penjuru kanan atas tetingkap video.
Pandangan Meja dibuka, yang memimik kamera atas kepala dan menunjukkan paparan bawah atas meja anda.
Gunakan tetingkap persediaan Pandangan Meja untuk menjajarkan meja anda dengan kamera. Untuk zum masuk atau keluar, seret kawalan atas skrin di bahagian bawah tetingkap. Apabila anda telah bersedia untuk berkongsi pandangan meja pada panggilan video, klik Kongsi Pandangan Meja.
Untuk menyahaktifkan Pandangan Meja, klik di bahagian kiri atas tetingkap Pandangan Meja, kemudian pilih Tutup Tetingkap (atau pilih Pandangan Meja > Keluar daripada Pandangan Meja dalam bar menu).
Gunakan Pandangan Meja dengan app lain
Pergi ke app yang merakam video pada Mac anda.
Pasang iPhone anda ke Mac anda dengan aksesori berdiri, kemudian gunakan iPhone anda sebagai kamera web.
Klik dalam bar menu, kemudian klik Pandangan Meja.
Pandangan Meja dibuka, yang memimik kamera atas kepala dan menunjukkan paparan bawah atas meja anda.
Petua: Anda juga boleh membuka Pandangan Meja dengan mencarinya dalam Spotlight.
Gunakan tetingkap persediaan Pandangan Meja untuk menjajarkan meja anda dengan kamera. Untuk zum masuk atau keluar, seret kawalan atas skrin di bahagian bawah tetingkap. Apabila anda telah bersedia, klik Mulakan Pandangan Meja.
Untuk berkongsi perkara pada meja anda dalam app pihak ketiga, gunakan ciri perkongsian skrin app untuk memilih tetingkap Pandangan Meja untuk berkongsi. Untuk mengetahui caranya, lihat arahan pembangun atau teroka menu dan seting app.
Untuk menyahaktifkan Pandangan Meja, tutup tetingkap Pandangan Meja atau pilih Pandangan Meja > Keluar daripada Pandangan Meja dalam bar menu.