Ciri kebolehcapaian untuk penglihatan pada Mac
Mac anda disertakan alat terbina dalam untuk memudahkan anda melihat kandungan skrin atau membuatkan kandungan skrin dituturkan dengan lantang.
Untuk meneroka ciri kebolehcapaian untuk penglihatan, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian dalam bar sisi. Ciri penglihatan terletak di bahagian atas.
Buka seting Kebolehcapaian untuk saya
Dengar kandungan skrin
Kawal Mac dengan VoiceOver Buatkan pembaca skrin terbina dalam menyebut perkara pada skrin. Navigasi Mac anda dengan perintah papan kekunci, gerak isyarat trackpad atau paparan braille yang disambungkan. | Sebut teks atas skrin Walaupun VoiceOver tidak aktif, buatkan Mac anda membaca semua teks pada skrin, teks di bawah penuding, perkara yang anda taipkan dan banyak lagi. |
Dengar perihalan video Dapatkan perihalan dituturkan untuk kandungan visual dalam filem, rancangan TV dan media lain, apabila tersedia. |
Petua: Dengan Siri dan Perencanaan, anda boleh melengkapkan tugas biasa dan memasukkan teks hanya menggunakan suara anda.
Lihat kandungan skrin dengan lebih selesa
Zum masuk Besarkan perkara yang anda lihat—seluruh skrin atau sebahagian daripadanya. Anda menggunakan paparan kedua? Setkan zum untuknya secara berasingan. | Tingkatkan saiz teks Gunakan gelangsar tunggal untuk melaraskan saiz bacaan untuk teks merentas berbilang app dan ciri sistem. |
Besarkan teks semasa anda membaca atau menaip Lihat versi lebih besar teks yang anda taipkan atau apa-apa di bawah penuding—teks yang anda baca atau ikon dalam antara muka pengguna. | Jadikan penuding lebih besar Jadikan penuding lebih mudah dicari. Tukar sahaja saiz atau warnanya atau gerakkannya dengan cepat untuk menjadikannya lebih besar. |
Laraskan warna paparan Bezakan kandungan pada skrin dengan lebih mudah dengan menterbalikkan warna, menggunakan penapis warna dan banyak lagi. | Gunakan Mod Gelap Jika anda memilih teks cerah pada latar belakang gelap, pilih skema warna gelap untuk antara muka pengguna macOS. |
Kurangkan pergerakan atas skrin Jeda imej beranimasi dan perlahankan pergerakan elemen antara muka pengguna. Atau malapkan paparan anda apabila media yang anda lihat menggambarkan cahaya berkelip atau berdenyar. |
Petua: Kawal ciri kebolehcapaian dan seting utama anda dengan Siri, pintasan papan kekunci atau daripada bar menu. Lihat Aktifkan atau nyahaktifkan ciri kebolehcapaian dengan cepat.