Simpan fail dalam iCloud Drive pada Mac
Dengan iCloud Drive, anda boleh menyimpan semua jenis dokumen dengan selamat dalam iCloud dan mengaksesnya daripada sebarang peranti anda serta pada web di iCloud.com.
Anda boleh menggunakan iCloud Drive pada komputer Mac (OS X 10.10 atau lebih baharu), peranti iOS (iOS 8 atau lebih baharu), peranti iPadOS dan komputer Windows dengan iCloud untuk Windows (Windows 7 atau lebih baharu diperlukan). Anda mesti mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada semua peranti anda dan ia mesti memenuhi keperluan sistem minimum. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud.
Nota: Jika anda mempunyai peranti dengan iCloud Drive dinyahaktifkan, dokumen dan data pada peranti itu tidak akan kekal terkini dengan dokumen dan data pada peranti anda yang mempunyai iCloud Drive diaktifkan.
Untuk menyediakan iCloud Drive pada web, iPhone, iPad atau komputer Windows, lihat Sediakan iCloud Drive pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.
Sediakan iCloud Drive
Jika anda belum menyediakan iCloud Drive pada Mac ini, anda boleh melakukannya sekarang dalam seting iCloud.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Klik iCloud, klik Drive, kemudian aktifkan “Selaraskan Mac ini”.
Klik Selesai.
Simpan folder Desktop dan Dokumen anda dalam iCloud Drive
Anda boleh membuatkan semua fail dalam folder Desktop dan Dokumen disimpan secara automatik dalam iCloud Drive. Dengan cara itu, anda boleh menyimpan fail di tempat yang anda selalu menyimpannya dan ia tersedia pada semua peranti anda serta iCloud.com.
AMARAN: Apabila anda mengaktifkan iCloud Drive untuk mengemas kini folder Desktop dan Dokumen anda, anda mungkin perlu menyahaktifkan sebarang app atau perkhidmatan awan pihak ketiga yang menyelaraskan folder tersebut. Penyelarasan oleh app atau perkhidmatan awan pihak ketiga lain boleh mengganggu atau menghentikan kemas kini yang dilaksanakan oleh iCloud Drive. Lihat Simpan folder anda dengan pihak ketiga.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Klik iCloud, klik Drive, kemudian pastikan iCloud Drive diaktifkan.
Aktifkan Folder Desktop & Dokumen.
Klik Selesai.
Selepas anda mengaktifkan Folder Desktop & Dokumen, folder Desktop & Dokumen anda dialihkan ke iCloud Drive. Ia juga kelihatan dalam bar sisi Finder bahagian iCloud pada Mac anda dan dalam app Fail pada iPhone atau iPad anda. Lihat artikel Sokongan Apple Cari fail pada iPhone atau iPad anda dalam app Fail.
Petua: Anda boleh menyemak status penyelarasan iCloud Drive pada Mac anda dengan cepat. Tahan penuding di atas iCloud Drive dalam bar sisi Finder, kemudian klik ikon status atau maklumat.
Simpan dokumen lebih lama di iCloud apabila ruang diperlukan
Mac anda boleh menyimpan dokumen di iCloud secara automatik apabila lebih ruang diperlukan. Jika ruang tidak diperlukan, kandungan penuh iCloud Drive kekal pada Mac anda.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Klik iCloud, klik Drive, kemudian pastikan iCloud Drive diaktifkan.
Aktifkan Optimumkan Storan Mac.
Klik Selesai.
Jika anda tidak boleh mengalih atau menyimpan dokumen ke iCloud Drive
Jika anda tidak dapat mengalih atau menyimpan dokumen ke iCloud Drive, ruang storan iCloud anda mungkin penuh. Dokumen yang disimpan kekal berada dalam Mac anda dan dimuat naik ke iCloud Drive apabila ruang tersedia.
iCloud Drive berkongsi storan iCloud anda dengan Foto iCloud, sandaran iPhone and iPad, mesej serta lampiran dalam Mail iCloud dan banyak lagi.
Untuk mendapatkan lebih banyak ruang, lakukan yang berikut:
Naik taraf storan anda. Lihat Uruskan storan iCloud.
Keluarkan item yang anda tidak perlu simpan dalam iCloud Drive.