Peti Mel
Peti mel ialah seperti folder, digunakan untuk menyimpan dan mengatur mesej e-mel. Setiap akaun e-mel yang anda gunakan dalam Mail mempunyai set peti mel standard—sebagai contoh, Peti Masuk, Dihantar, Draf dan Sampah. Bar sisi Mail menunjukkan peti mel untuk setiap akaun, begitu juga peti mel yang anda cipta. Untuk menunjukkan bar sisi, pilih Paparan > Tunjukkan Bar Sisi, atau tekan Control-Command-S.
Peti Mel pada Mac anda adalah tempatan, bermaksud anda boleh mengaksesnya hanya pada Mac anda; peti mel ditunjukkan dalam bahagian Pada Mac Saya dari bar sisi Mail. Peti Mel pada pelayan mel akaun boleh diakses pada sebarang komputer di mana anda menggunakan akaun; peti mel ditunjukkan dalam bahagian akaun bar sisi.