Gunakan Alamat Pintar dalam Mail pada Mac
Alamat Pintar menunjukkan nama penerima, bukannya nama dan alamat e-mel mereka.
Mail boleh menunjukkan Alamat Pintar untuk kenalan dalam app Kenalan, dalam senarai Penerima Sebelum dalam Mail dan, (jika anda sedang bersambung ke pelayan rangkaian—sebagai contoh, semasa bekerja), pada CardDAV, Exchange, atau pelayan LDAP yang tersedia.
Gunakan Alamat Pintar dalam e-mel yang anda terima
Dalam app Mail pada Mac anda, gerakkan penuding ke atas nama seseorang dalam medan alamat untuk menunjukkan anak panah Alamat Pintar.
Jika alamat e-mel orang ditunjukkan dengan namanya, pilih Mail > Seting, klik Melihat, kemudian pilih Gunakan Alamat Pintar.
Klik anak panah untuk melihat atau menyalin alamat e-mel seseorang atau mengambil tindakan lain. Sebagai contoh, anda boleh menambah orang pada VIP atau pada Kenalan anda.
Gunakan Alamat Pintar dalam e-mel yang anda hantar
Dalam app Mail pada Mac anda, klik anak panah Alamat Pintar bersebelahan nama penerima anda.
Jika alamat e-mel orang ditunjukkan dengan namanya, pilih Mail > Seting, klik Melihat, kemudian pilih Gunakan Alamat Pintar.
Klik anak panah untuk mengambil tindakan, seperti untuk mengedit atau menyalin alamat e-mel.