Gunakan penapis Fokus dalam Mail pada Mac
Anda boleh menambahkan fokus untuk menentukan akaun e-mel yang kelihatan dalam Mail apabila Fokus aktif. Anda hanya menerima pemberitahuan dan melihat kiraan lencana untuk akaun e-mel yang anda pilih untuk gunakan semasa Fokus tertentu. Contohnya, anda boleh mengesetkan penapis untuk menunjukkan akaun e-mel anda dan pemberitahuannya apabila Fokus Kerja anda aktif.
Tambah penapis Fokus Mail
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Fokus dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Fokus, kemudian klik Tambah Penapis (di bawah Penapis Fokus).
Jika anda tidak melihat pilihan Fokus yang anda mahukan, klik Tambah Fokus. Lihat Sediakan Fokus.
Klik Mail, pilih satu atau lebih akaun, kemudian klik Tambah.
Selepas anda menambahkan penapis Fokus Mail ke Fokus, ia diaktifkan pada bila-bila masa Fokus aktif.
Nyahaktifkan penapis Fokus Mail buat sementara
Anda boleh menyahaktifkan penapis Fokus Mail buat sementara semasa Fokus aktif.
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Klik Nyahaktifkan bersebelahan Ditapis ikut Fokus.
Untuk mengaktifkan semula penapis Fokus Mail, klik Aktifkan bersebelahan penapis Fokus Tidak Aktif.
Keluarkan penapis Fokus Mail
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Fokus dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Fokus, kemudian klik Mail (di bawah Penapis Fokus).
Klik Padam Penapis App, kemudian klik Padam Penapis.