Import atau eksport peti mel dalam Mail pada Mac
Mail boleh mengimport mesej e-mel yang telah dieksport ke dalam format mbox daripada app e-mel yang lain dan mengimport peti mel dieksport daripada Mail pada Mac. Anda boleh mengeksport peti mel dalam format mbox.
Import peti mel
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Pilih Fail > Import Peti Mel.
Pilih sumber dalam senarai, baca maklumat yang muncul di bawah senarai, kemudian klik Teruskan.
Jika anda mengimport peti mel yang dieksport daripada Mail atau folder dalam folder ~/Library/Mail/ pada Mac yang lain, pilih Apple Mail. Untuk pergi ke folder Mail pada Mac, klik desktop untuk memastikan anda berada di dalam Finder, tekan dan tahan kekunci Option, pilih Pergi > Pustaka, kemudian pilih folder Mail.
Jika anda mengimport mesej dari komputer Windows atau UNIX, pilih “Fail dalam format mbox,” kemudian, cari folder yang mengandungi fail itu.
Atur semula mesej yang diimport, jika anda suka.
Mesej berada dalam peti mel baharu yang dipanggil Import dalam bar sisi Mail. Anda boleh seret folder dan mesej dari peti mel Import ke peti mel baharu atau yang sedia ada, kemudian padam peti mel Import.
Eksport peti mel
Pergi ke app Mail pada Mac anda.
Pilih satu atau lebih peti mel, kemudian pilih Peti Mel > Eksport Peti Mel.
Pilih folder atau cipta folder baharu, kemudian klik Pilih.
Mail mengeksport peti mel sebagai pakej .mbox. Jika sebelum ini anda telah mengeksport peti mel, Mail tidak menulis ganti fail .mbox yang sedia ada; ia mencipta fail .mbox baharu, seperti Peti Mel Saya 3.mbox.