Tambah reaksi ke senarai main kolaboratif dalam Muzik pada Mac
Jika anda melanggan Apple Music dan anda menyertai senarai main kolaboratif, anda boleh memberikan reaksi kepada lagu dalam senarai main dengan emoji.
Nota: Apple Music tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Pergi ke app Muzik pada Mac anda.
Klik senarai main kolaboratif dalam bar sisi.
Senarai main kolaboratif mempunyai ikon bekerjasama di sebelah namanya.
Klik di bawah lajur Reaksi bersebelahan lagu, kemudian pilih reaksi (sebagai contoh, emoji ibu jari atas) atau klik untuk mencari emoji khusus.
Petua: Jika anda mula memainkan lagu dalam senarai main kolaboratif, anda boleh klik dalam kawalan main balik di bahagian atas tetingkap Muzik untuk memilih reaksi dengan cepat.