
Aktifkan kesan visual dalam Muzik pada Mac
Gunakan pentampak untuk melihat persembahan lampu berwarna-warni. Anda boleh menggunakan pentampak dengan atau tanpa muzik; kesan berubah berdasarkan jenis muzik dan sama ada ia dimainkan atau dijeda.

Pergi ke app Muzik
pada Mac anda.
Mainkan muzik daripada pustaka anda, Apple Music, radio, atau CD.
Nota: Lagu perlu dimainkan sebelum anda boleh menggunakan pentampak.
Lakukan satu daripada berikut:
Aktifkan kesan visual: Pilih Tetingkap > Pentampak.
Untuk menukar pilihan pentampak, pilih Tetingkap > Seting Pentampak > [pilihan]. Contohnya, untuk menunjukkan atau menyembunyikan video muzik, pilih Tetingkap > Seting Pentampak > Mainkan Video. Tanda semak bermakna video akan dimainkan. (Tidak semua pentampak menyokong pilihan, jadi Pilihan mungkin dimalapkan.)
Petua: Untuk menunjukkan atau menyembunyikan senarai perintah yang boleh anda gunakan bagi mengawal pentampak, tekan kekunci Tanda Soal (?) pada papan kekunci anda semasa pentampak aktif.
Nyahaktifkan kesan visual: Pilih Tetingkap > Pentampak (untuk mengeluarkan tanda semak), atau tekan kekunci Esc.