Sesuaikan Nota pada Mac
Anda boleh menukar cara nota kelihatan.
Tukar cara nota dipaparkan
Anda boleh lihat nota sebagai galeri atau sebagai senarai.
Dalam app Nota pada Mac anda, lakukan salah satu yang berikut:
Lihat nota sebagai galeri: Untuk melihat nota anda dalam grid imej kecil, klik butang Galeri . Dwiklik nota untuk membukanya.
Anda mesti menggunakan nota iCloud dinaik taraf atau nota pada Mac anda untuk melihat nota anda dalam paparan galeri. Untuk kembali ke paparan galeri selepas melihat nota, klik butang Kembali .
Lihat nota sebagai senarai: Klik butang Senarai .
Kumpulkan nota mengikut tarikh
Anda boleh mengumpulkan nota mengikut tertib nota terbaharu dicipta atau diedit (contohnya, Hari Ini, Semalam atau 30 Hari Sebelumnya). Dalam app Nota pada Mac anda, lakukan salah satu yang berikut:
Kumpulkan semua nota mengikut tarikh: Pilih Nota > Seting, kemudian pilih “Kumpul nota ikut tarikh”.
Kumpulkan nota dalam folder semasa mengikut tarikh: Pilih Lihat > Kumpul Ikut Tarikh dan pilih pilihan.
Nota: Anda tidak boleh mengumpulkan mengikut tarikh jika anda telah memilih untuk mengisih nota mengikut tajuk dalam seting Nota.
Tukar warna pautan dan serlahan
Anda boleh menukar warna pautan dan serlahan dalam seting Penampilan pada Mac anda. (Perubahan yang anda buat di sana digunakan pada pautan dan serlahan dalam semua app.) Lihat Tukar seting Penampilan pada Mac.
Petua: Anda juga boleh menambah, mengeluarkan atau menyusun semula ikon dalam bar alat Nota. Lihat Sesuaikan bar alat pada Mac.