Pintasan dan gerak isyarat papan kekunci dalam Nota pada Mac
Dalam app Nota pada Mac, anda boleh melaksanakan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci dan gerak isyarat. Lihat pintasan dan gerak isyarat di bawah, serta pintasan papan kekunci dalam menu Nota di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Umum
Tindakan | Pintasan atau gerak isyarat |
---|---|
Command-N | |
Fn-Q | |
Duplikasi nota | Command-D |
Shift-Command-N | |
Tunjukkan atau sembunyikan folder | Option-Command-S |
Tunjukkan tetingkap utama Nota | Command-0 (sifar) Nota: Pintasan ini berguna jika nota yang dibuka dalam tetingkap berlainan menghalang tetingkap utama Nota. |
Tunjukkan nota dalam senarai | Command-1 |
Tunjukkan nota dalam paparan galeri | Command-2 |
Tunjukkan lampiran | Command-3 |
Option-Command-F | |
Bergerak antara bar sisi, senarai nota dan medan carian | Tab Nota: Pintasan tidak berguna sekiranya anda sedang mengedit kandungan nota. |
Mulakan menaip dalam nota dipilih dalam senarai nota atau paparan galeri | Return Nota: Pintasan meletakkan titik pemasukkan di penghujung kandungan nota dipilih. Untuk kembali ke senarai nota, tekan Command-Return. |
Cetak nota | Command-P |
Pin nota | Leret ke kanan pada nota (dalam senarai nota) menggunakan dua jari pada trackpad (atau satu jari pada Magic Mouse), kemudian klik . |
Padam nota | Leret ke kiri pada nota (dalam senarai nota) menggunakan dua jari pada trackpad (atau satu jari pada Magic Mouse), kemudian klik . |
Kongsi nota | Leret ke kiri pada nota (dalam senarai nota) menggunakan dua jari pada trackpad (atau satu jari pada Magic Mouse), kemudian klik . |
Tunjukkan atau sembunyikan serlahan dalam nota dikongsi | Control-Command-I |
Tunjukkan atau sembunyikan senarai aktiviti dalam nota dikongsi | Control-Command-K |
Maju ke depan ke nota antara pautan | Option+Command+] |
Pergi balik ke nota dipautkan | Option+Command+[ |
Edit nota
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Shift-Command-A | |
Command-K | |
Option-Command-T | |
Gunakan format Tajuk | Shift-Command-T |
Gunakan format Pengepala | Shift-Command-H |
Gunakan format Subtajuk | Shift-Command-J |
Gunakan format Isi | Shift-Command-B |
Gunakan format Monospaced | Shift-Command-M |
Gunakan format Senarai Berbulet | Shift-Command-7 |
Gunakan format Senarai Bersengkang | Shift-Command-8 |
Gunakan format Senarai Bernombor | Shift-Command-9 |
Gunakan format Senarai Semak | Shift-Command-L |
Gunakan format Petikan Blok | Command-' |
Tingkatkan saiz fon | Command-Tanda tambah |
Kurangkan saiz fon | Command-Tanda tolak |
Tingkatkan aras senarai | Command-] atau Tab |
Kurangkan aras senarai | Command-[ atau Shift-Tab |
Tambah pemisah garis (soft return) ke item senarai atau senarai semak | Shift-Return |
Masukkan aksara tab ke dalam item senarai | Option-Tab |
Tandakan atau nyahtandakan item senarai semak | Shift-Command-U |
Alihkan item senarai atau senarai semak ke atas dalam senarai | Control-Command-Anak Panah Atas |
Alihkan item senarai atau senarai semak ke bawah dalam senarai | Control-Command-Anak Panah Bawah |
Zum masuk pada kandungan nota | Shift-Command-> |
Zum keluar pada kandungan nota | Shift-Command-< |
Tukar saiz kandungan nota ke lalai | Shift-Command-0 (sifar) |
Navigasi dalam jadual
Tindakan | Pintasan |
---|---|
Alihkan satu baris ke bawah atau tambah baris baharu di bahagian bawah jadual | Return |
Bergerak satu baris ke atas, atau ke atas jadual jika anda dalam baris pertama | Shift-Return |
Tambah perenggan baharu dalam sel | Option-Return |
Tambah baris baharu di atas baris semasa | Option-Command-Anak Panah Atas |
Tambah baris baharu di bawah baris semasa | Option-Command-Anak Panah Bawah |
Tambah lajur baharu di sebelah kanan lajur semasa | Option-Command-Anak Panah Kanan |
Tambah lajur baharu di sebelah kiri lajur semasa | Option-Command-Anak Panah Kiri |
Alih ke sel seterusnya di sebelah kanan | Tab |
Alih ke sel seterusnya di sebelah kiri | Shift-Tab |
Tambah aksara tab dalam sel | Option-Tab |
Pilih julat sel dalam baris | Shift-Anak Panah Kiri atau Shift-Anak Panah Kanan |
Pilih julat sel dalam lajur | Shift-Anak Panah Atas atau Shift-Anak Panah Bawah |
Pilih kandungan sel semasa | Command-A Nota: Jika kursor anda tiada dalam jadual dan anda tekan Command-A, kandungan keseluruhan nota dipilih. |
Pilih seluruh jadual | Command-A, Command-A Nota: Jika kursor anda tiada dalam jadual dan anda tekan Command-A, kandungan keseluruhan nota dipilih. |