Lihat nota anda
Anda boleh lihat nota daripada semua akaun nota anda pada bila-bila masa.
Petua: Untuk menukar saiz lalai semua teks dalam tetingkap nota, pilih Nota > Keutamaan, kemudian gunakan gelangsar. Atau, jika anda tidak mahu menukar saiz teks lalai, tetapi mahu melihat keseluruhan nota lebih besar atau lebih kecil, pilih Lihat > Zum Masuk atau Lihat > Zum Keluar.
Lihat nota daripada akaun tertentu: Pilih folder dalam akaun dalam bar sisi. Jika bar sisi tidak ditunjukkan, klik butang Bar Sisi .
Nota daripada akaun tersebut muncul dalam senarai nota.
Lihat nota: Pilih nota dalam senarai nota. Kandungan nota muncul di sebelah kanan.
Petua: Untuk mencari nota tertentu dengan cepat, cari nota anda.
Lihat nota dikunci: Pilih nota dikunci dalam senarai nota, kemudian masukkan kata laluan anda untuk nota dikunci (atau dikunci Touch ID).
Selepas anda masukkan kata laluan, semua nota dikunci telah dibuka kunci, jadi anda boleh melihatnya dengan mudah tanpa memasukkan kata laluan selagi anda bekerja dalam Nota. Nota dikunci lagi jika anda tidak aktif untuk suatu tempoh masa atau anda pilih Nota > Tutup Semua Nota Dikunci.
Walau bagaimanapun, jika anda reset kata laluan Nota, memasukkan kata laluan Nota baru hanya membuka kunci nota yang menggunakan kata laluan yang sama. Jika sesetengah nota anda menggunakan kata laluan lama, anda mesti menggunakan kata laluan tersebut untuk melihatnya.
Nota: Anda tidak boleh bekerjasama pada nota dikunci.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengunci nota, lihat Kunci nota anda dengan kata laluan atau Touch ID.
Lihat tarikh nota dicipta atau terakhir diedit: Klik tarikh di bahagian atas nota.
Lihat atau mainkan foto, fail audio, peta dan lampiran lain: Semasa melihat nota yang mengandungi lampiran, dwiklik lampiran yang anda mahu lihat atau mainkan. Kandungan dilampirkan muncul dalam tetingkap baru.
Buka nota dalam tetingkapnya sendiri: Dwiklik nota dalam senarai nota.