Tambah orang ke nota
Jika anda gunakan nota iCloud dinaik taraf , anda boleh bekerjasama dengan orang lain dengan menambah orang ke nota. Sesiapa sahaja yang anda tambahkan ke nota menerima pautan untuk membuka nota dalam aplikasi Nota atau pada iCloud.com. Semasa anda dan peserta anda mengedit nota, semua orang melihat perubahan serta orang yang membuat perubahan (setiap perubahan peserta diserlahkan dalam warna berlainan). Perubahan ke nota disimpan dalam iCloud, jadi semua orang dengan akses kepada nota melihat versi terbaru pada bila-bila masa mereka membukanya.
Nota: Jika anda berkongsi nota dengan mengklik butang Kongsi , anda hanya boleh menghantar salinan statik nota—penerima tidak boleh membuat perubahan kepada nota atau melihat versi dinaik taraf nota melainkan anda berkongsi dengan mereka sekali lagi. Untuk maklumat lanjut, lihat Kongsi nota melalui app lain.
Tambah orang ke nota
Untuk bekerjasama pada nota, tambah orang kepadanya.
Klik nota yang anda ingin tambahkan orang.
Nota: Anda tidak boleh menambah orang ke nota dikunci.
Klik butang Tambah orang dalam bar alat.
Pilih cara untuk menghantar pautan ke nota.
Jika anda memilih cara lain selain Mail atau Mesej, tambah penerima dengan melakukan salah satu dari berikut:
Taipkan nama, alamat e-mel, atau nombor telefon untuk setiap penerima.
Klik butang Tambah untuk memilih seseorang daripada Kenalan.
Klik Kongsi.
Jika anda menambah orang menggunakan Mail atau Mesej, masukkan penerima selepas anda klik Kongsi, kemudian klik Hantar.
Apabila seseorang telah dijemput, tetapi belum menerima, “Dijemput” muncul di bawah nama orang tersebut.
Urus nota dikongsi
Jika anda pemilik nota, anda boleh menjemput lebih ramai orang untuk bekerjasama, berhenti berkongsi nota, atau keluarkan peserta. Jika anda seorang peserta, anda boleh mengeluarkan diri anda sendiri daripada nota. Pemilik dan peserta boleh memilih cara serlahan dan pemberitahuan muncul apabila peserta melakukan perubahan.
Untuk menguruskan nota dikongsi, klik butang Lihat perserta dalam bar alat, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Jemput lebih orang untuk bekerjasama: Klik butang tambah , kemudian ikuti langkah untuk menambah orang ke nota.
Alih keluarkan peserta: Klik butang lagi bersebelahan nama peserta, kemudian pilih Keluarkan Akses.
Warna butang Lagi berbeza untuk setiap peserta.
Berhenti berkongsi nota dengan semua peserta: Klik Henti Berkongsi, kemudian klik Teruskan.
Nota tidak lagi muncul dalam senarai nota peserta; walau bagaimanapun, anda masih mempunyai akses kepadanya.
Keluarkan diri anda sebagai peserta: Klik butang Lagi bersebelahan nama anda, kemudian pilih Keluarkan Saya.
Nota: Jika anda pemilik nota, anda tidak boleh mengeluarkan diri anda sendiri.
Salin pautan: Klik Salin Pautan.
Nota: Walaupun pemilik atau peserta boleh menyalin pautan untuk dihantar ke orang lain, hanya orang yang telah dijemput untuk membuka nota boleh menggunakan pautan tersebut.
Sentiasa lihat serlahan perubahan: Pilih “Serlahkan semua perubahan.”
Dengan pilihan ini dipilih, setiap perubahan yang dibuat oleh peserta muncul sebagai serlahan dengan warna peserta tersebut. Jika pilihan tidak dipilih, serlahan malap selepas tempoh masa yang singkat.
Sembunyikan pemberitahuan perubahan: Pilih “Sembunyikan amaran.”
Anda tidak akan dimaklumkan bila peserta lain membuat perubahan pada nota ini.
Bekerjasama pada nota dikongsi
Untuk membuka nota, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika anda menambah orang ke nota: Pilih nota dalam aplikasi Nota atau pada iCloud.com.
Jika anda ditambah ke nota oleh orang lain: Klik pautan yang anda terima, kemudian klik Buka.
Nota: Untuk keselamatan, anda hanya boleh membuka nota jika alamat e-mel atau nombor telefon yang digunakan untuk menghantar jemputan kepada anda dikaitkan dengan Apple ID anda. Jika tidak, anda diminta untuk menambahnya. Lihat Sahkan alamat e-mel atau nombor telefon anda untuk membuka item dikongsi.
Sekali anda membuka nota, ia kekal dalam senarai nota anda.
Edit nota.
Semua peserta dengan nota terbuka boleh melihat perubahan yang anda serta orang lain lakukan hampir pada masa nyata. Serlahan muncul semasa peserta membuat perubahan. Jika anda tidak mempunyai nota dibuka apabila seseorang membuat perubahan kepadanya, titik kuning kecil muncul di sebelah kiri nota dalam senarai nota.