Kongsi nota dan folder pada Mac
Jika anda menggunakan nota iCloud dinaik taraf, anda boleh bekerjasama dengan orang lain dengan berkongsi nota atau folder. Sesiapa sahaja yang anda tambahkan menerima pautan yang membuka nota atau folder dalam app Nota atau di iCloud.com. Anda juga boleh mengurus nota dan folder dikongsi dengan mengeluarkan akses, menyembunyikan pemberitahuan dan banyak lagi.
Kongsi nota atau folder
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota atau folder yang anda mahu kongsi dengan orang lain.
Nota: Anda tidak boleh berkongsi nota dikunci, Folder Pintar, folder yang mengandungi nota dikunci atau folder yang mengandungi nota yang telah dikongsi dengan anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk nota: Klik butang Kongsi dalam bar alat. Anda juga boleh meleret kiri pada nota (dalam senarai nota) menggunakan dua jari pada trackpad (gunakan satu jari pada Magic Mouse), kemudian klik butang Kongsi .
Untuk folder: Klik butang Lagi bersebelahan folder dalam bar sisi, kemudian pilih Kongsi Folder.
Klik menu timbul, kemudian pilih sama ada untuk bekerjasama pada nota atau hantar salinan.
Jika anda berkongsi folder, anda hanya boleh bekerjasama.
Nota: Jika anda memilih Hantar Salinan, anda hanya menghantar salinan statik nota—penerima tidak boleh membuat perubahan kepada nota atau melihat versi dinaik taraf nota melainkan anda menghantarnya kepada mereka sekali lagi. Lihat Hantar nota menggunakan app lain.
Jika anda memilih untuk bekerjasama, klik anak panah kanan di bawah Bekerjasama, kemudian pilih pilihan berikut:
Orang yang boleh mengakses: Pilih orang yang boleh melihat nota atau folder (hanya orang yang anda jemput atau sesiapa dengan pautan).
Keizinan: Pilih sama ada orang boleh melakukan perubahan atau hanya melihat nota atau folder.
Jika anda membenarkan hanya orang yang dijemput untuk melihat dan mengedit nota atau folder, pilih “Benarkan orang lain menjemput” untuk membenarkan orang yang anda berkongsi menambahkan peserta lain.
Pilih cara anda mahu berkongsi nota, seperti Mesej, Mail atau AirDrop.
Orang dan kumpulan yang anda telah mengadakan perbualan Mesej terbaharu disenaraikan di bahagian atas. Klik nota untuk berkongsi nota dengan mereka dalam Mesej.
Petua: Jika anda berkongsi nota dalam Mesej, anda mendapat kemas kini dalam perbualan Mesej apabila seseorang membuat perubahan kepada nota dikongsi.
Jika anda memilih kaedah yang memerlukannya, tambah penerima dengan melakukan salah satu daripada berikut:
Taipkan nama, alamat e-mel, atau nombor telefon untuk setiap penerima.
Klik butang Tambah untuk memilih seseorang daripada Kenalan.
Uruskan nota atau folder yang dikongsi
Jika anda pemilik nota atau folder dikongsi, anda boleh menambah atau memadamkan nota atau subfolder, mengedit nota dan mengalihkan nota atau subfolder keluar daripada folder utama. Lihat Tambah dan keluarkan folder.
Anda juga boleh menjemput lebih ramai orang untuk bekerjasama, mengeluarkan peserta, menukar keizinan, atau berhenti berkongsi nota. Peserta boleh memilih cara serlahan dan pemberitahuan kelihatan apabila orang lain membuat perubahan. Mereka juga boleh mengedit nota, jika mereka mempunyai keizinan.
Dalam app Nota pada Mac anda, lakukan satu daripada berikut:
Urus nota: Klik nota dikongsi yang anda mahu urus, klik dalam bar alat, kemudian klik Urus Nota Dikongsi.
Urus folder: Klik folder dikongsi yang anda mahu urus (atau sebarang nota dalamnya), kemudian klik dalam bar sisi.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jemput lebih orang untuk bekerjasama: Klik Kongsi Dengan Lebih Ramai Orang, kemudian ikuti langkah untuk berkongsi nota atau folder.
Apabila seseorang telah dijemput, tetapi belum menerima, “Dijemput” muncul di bawah nama orang tersebut.
Sentiasa lihat serlahan perubahan: Pilih “Serlahkan semua perubahan.”
Anda boleh setkan pilihan ini hanya untuk nota individu—bukan untuk folder dikongsi.
Dengan pilihan ini dipilih, setiap perubahan yang dibuat oleh peserta muncul sebagai serlahan dengan warna peserta tersebut. Jika pilihan tidak dipilih, anda perlu meleret atau memilih untuk melihat serlahan. Lihat Lihat serlahan untuk nota dikongsi.
Sembunyikan pemberitahuan perubahan: Klik “Sembunyikan isyarat”.
Anda boleh setkan pilihan ini hanya untuk nota individu—bukan untuk folder dikongsi.
Dengan pilihan ini dipilih, anda tidak akan dimaklumkan apabila peserta lain membuat perubahan pada nota ini.
Tukar orang yang boleh melihat dan melakukan perubahan kepada nota atau folder: Pilih pilihan daripada menu timbul Keizinan.
Jika folder atau nota dikongsi berada dalam folder dikongsi lain, klik Tunjukkan Folder Dikongsi untuk membuat perubahan.
Untuk menukar keizinan bagi seorang peserta, gerakkan penuding ke atas nama peserta, klik butang Lagi , kemudian pilih “Boleh mengubah suai” atau “Lihat sahaja”.
Pilih sama ada peserta boleh berkongsi nota atau folder dengan orang lain: Pilih atau nyahpilih kotak semak “Sesiapa boleh menambah lebih ramai orang”.
Untuk menentukan orang yang boleh berkongsi nota atau folder, gerakkan penuding ke atas nama peserta, klik butang Lagi , kemudian pilih Benarkan untuk Menambah Orang Lain.
Berhenti berkongsi nota atau folder dengan semua peserta: Klik Henti Berkongsi, kemudian klik Teruskan.
Jika folder atau nota dikongsi berada dalam folder dikongsi lain, klik Tunjukkan Folder Dikongsi untuk membuat perubahan.
Nota tidak lagi muncul dalam senarai nota peserta; walau bagaimanapun, anda masih mempunyai akses kepadanya.
Salin pautan: Klik Salin Pautan.
Jika anda melihat nota atau folder yang berada dalam folder dikongsi lain, pautan yang anda salin ialah pautan ke folder utama.
Nota: Walaupun pemilik atau peserta boleh menyalin pautan untuk dihantar ke orang lain, hanya orang yang telah dijemput untuk membuka nota boleh menggunakan pautan tersebut.
Keluarkan peserta: Gerakkan penuding ke atas nama peserta dalam tetingkap, klik butang Lagi di sebelah kanan, kemudian pilih Keluarkan Akses.
Warna butang Lagi berbeza untuk setiap peserta.
Uruskan perubahan pada nota atau folder yang dikongsi dengan anda
Perkara yang anda boleh lakukan dengan nota dan folder dikongsi bergantung pada keizinan yang pemilik berikan kepada anda.
Jika anda mempunyai keizinan lihat sahaja: Anda boleh mengeluarkan diri anda daripada nota, menyalin pautan dan memilih cara serlahan dan pemberitahuan kelihatan apabila peserta melakukan perubahan.
Jika anda mempunyai keizinan untuk membuat perubahan: Anda boleh melakukan semua di atas termasuk mengedit nota, menambah atau memadamkan nota atau subfolder dan mengalihkan nota atau subfolder keluar daripada folder utama. Lihat Tambah dan keluarkan folder.
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota atau folder dikongsi yang anda mahu uruskan, kemudian klik dalam bar alat.
Klik Urus Nota Dikongsi, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Keluarkan diri anda sebagai peserta: Gerakkan penuding ke atas nama anda, klik butang Lagi , kemudian pilih Keluarkan Saya.
Jika nota dalam folder dikongsi, klik Tunjukkan Folder Dikongsi, gerakkan penuding ke atas nama anda, klik butang Lagi , kemudian pilih Keluarkan Saya.
Tambah peserta lain: Jika pemilik telah memberikan anda keizinan, anda boleh menambahkan orang lain kepada nota. Klik Kongsi dengan Lebih Ramai Orang, pilih cara untuk menghantar jemputan, kemudian klik Kongsi.
Salin pautan: Klik Salin Pautan.
Jika anda melihat nota atau folder yang berada dalam folder dikongsi lain, pautan yang anda salin ialah pautan ke folder utama.
Nota: Walaupun pemilik atau peserta boleh menyalin pautan untuk dihantar ke orang lain, hanya orang yang telah dijemput untuk membuka nota boleh menggunakan pautan tersebut.
Sentiasa lihat serlahan perubahan: Pilih “Serlahkan semua perubahan.”
Anda boleh setkan pilihan ini hanya untuk nota individu—bukan untuk folder dikongsi.
Dengan pilihan ini dipilih, setiap perubahan yang dibuat oleh peserta muncul sebagai serlahan dengan warna peserta tersebut. Jika pilihan tidak dipilih, anda perlu meleret atau memilih untuk melihat serlahan. Lihat Lihat serlahan untuk nota dikongsi.
Sembunyikan pemberitahuan perubahan: Pilih “Sembunyikan isyarat”.
Anda boleh setkan pilihan ini hanya untuk nota individu—bukan untuk folder dikongsi.
Dengan pilihan ini dipilih, anda tidak akan dimaklumkan apabila peserta lain membuat perubahan pada nota ini.