Tambah pautan dalam Nota pada Mac
Anda boleh menambah pautan kepada nota anda, kemudian menggunakannya untuk mengakses halaman web, kandungan dalam app lain atau nota lain dengan cepat.
Pautkan ke halaman web
Dalam app Nota pada Mac anda, klik nota dalam senarai nota atau dwiklik nota dalam paparan galeri, kemudian pilih Edit > Penggantian > Pautan Pintar (tanda semak menunjukkannya aktif).
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Taip atau tampal alamat halaman web (URL), kemudian tekan bar Space atau kekunci Return. URL menjadi pautan secara automatik.
Klik di mana-mana sahaja dalam nota, kemudian pilih Edit > Tambah Pautan (atau tekan Command-K). Taip atau tampal URL dalam dialog yang kelihatan, kemudian klik OK.
Petua: Untuk menukar sesetengah teks yang telah berada dalam nota kepada pautan, pilih teks dahulu, kemudian pilih Edit > Tambah Pautan.
Untuk mengedit, mengeluarkan, atau membuka pautan, Control-klik pautan, kemudian pilih pilihan.
Pautkan ke app
Anda boleh menambahkan pautan ke kandungan dalam app disokong, seperti halaman web dalam Safari, buku dalam Buku atau episod dalam Podcast.
Pastikan app yang anda mahu pautkan dibuka dan aktif. Sebagai contoh, buka halaman web dalam Safari, atau mula memainkan episod podcast.
Dalam app Nota pada Mac anda, buka nota, kemudian klik butang Pautan dalam bar alat.
Klik Tambah Pautan.
Jika anda menambah pautan ke Nota Cepat, imej kecil Nota Cepat kelihatan di penjuru skrin apabila anda kembali ke kandungan yang dipautkan dalam app.
Pautkan ke nota lain
Dalam macOS Sonoma, anda boleh menambah pautan untuk menyambungkan nota berkaitan. Contohnya, anda boleh memautkan jadual perjalanan ke senarai restoran yang disyorkan.
Nota: Nota yang mengandungi pautan ke nota lain mungkin tidak tersedia pada peranti dengan versi macOS sebelumnya. Lihat Mengapa nota disembunyikan pada sesetengah peranti.
Dalam app Nota pada Mac anda, pilih Edit > Tambah Pautan.
Taipkan tajuk nota. Semasa anda menaip, senarai nota yang sepadan kelihatan.
Pilih nota.
Pilih Gunakan Tajuk Nota untuk membuatkan teks pautan sentiasa sepadan dengan tajuk semasa nota yang dipautkan. Nyahpilih kotak semak untuk memasukkan teks berbeza bagi pautan.
Klik OK.
Petua: Untuk menambah pautan ke nota lain dengan cepat, taipkan tanda lebih besar daripada sebanyak dua kali (>>). Apabila anda menggunakan pintasan ini, tajuk pautan sentiasa sepadan dengan tajuk semasa nota yang dipautkannya.
Tukar warna pautan
Anda boleh menukar warna pautan dan serlahan dengan menukar warna aksen dan warna serlahan dalam anak tetingkap Penampilan pada Mac anda. (Perubahan yang anda buat di sana digunakan pada pautan dan serlahan dalam semua app.) Lihat seting Tukar Penampilan.