Mulakan Nota Cepat pada Mac
Dengan Nota Cepat, anda boleh mencatat idea dan menambah pautan tanpa mengira apa-apa yang anda lakukan pada Mac anda.
Mulakan Nota Cepat
Jika anda bekerja dalam app lain dan mahu menulis sesuatu, anda boleh memulakan Nota Cepat dengan mudah. Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Gunakan pintasan papan kekunci: Tekan dan tahan kekunci Fn atau kekunci Glob , kemudian tekan Q.
Gunakan sudut pantas: Alihkan penuding ke sudut pantas untuk Nota Cepat (secara lalai, penjuru kanan bawah skrin), kemudian klik nota yang kelihatan. Lihat Gunakan sudut pantas.
Gunakan Safari: Lihat Tambah pautan Safari ke Nota Cepat atau Tambah kandungan dipilih daripada Safari ke Nota Cepat.
Selepas anda memulakan Nota Cepat, anda boleh membukanya lagi dengan menggunakan mana-mana kaedah di atas. Jika anda mahu sentiasa memulakan Nota Cepat yang baharu (dan bukannya membuka Nota Cepat sebelumnya), buka app Nota pada Mac anda, pilih Nota > Keutamaan, kemudian nyahpilih “Teruskan Nota Cepat terakhir”.
Tambah pautan Safari ke Nota Cepat
Dalam app Safari pada Mac anda, buka tapak web yang anda mahu pautkan.
Klik butang Kongsi , kemudian pilih Nota Cepat Baharu atau Tambah ke Nota Cepat.
Apabila anda kembali ke kandungan yang dipautkan dalam tapak web, imej kecil Nota Cepat kelihatan di penjuru skrin untuk mengingatkan perkara yang anda catatkan sebelum ini.
Anda juga boleh menambah pautan ke tapak web dan app lain dalam Nota.
Tambah kandungan dipilih daripada Safari ke Nota Cepat
Jejak kandungan daripada tapak web yang anda lawati dengan menyerlahkan teks dalam Safari dan menambahnya terus ke dalam Nota Cepat.
Dalam app Safari pada Mac anda, buka tapak web, kemudian pilih teks yang anda mahu serlahkan.
Control-klik teks, kemudian pilih Nota Cepat Baharu atau Tambah ke Nota Cepat.
Pautan kelihatan dalam Nota Cepat dan teks dalam Safari diserlahkan. Apabila anda melawat tapak web lagi kemudian, teks masih lagi diserlahkan.
Untuk mengeluarkan serlahan, padam pautan Safari daripada Nota Cepat.
Edit Nota Cepat
Nota Cepat anda kelihatan dalam folder Nota Cepat dalam app Nota. Anda boleh mengeditnya untuk menambahkan jadual, tag dan banyak lagi. Lihat mana-mana daripada berikut:
Anda boleh mencari Nota Cepat anda dalam folder Nota Cepat dalam app Nota.