Tetingkap app Nota pada Mac, iPhone dan iPad, semuanya menunjukkan nota yang sama daripada iCloud.

Bermula dengan Nota

Catat fikiran dengan cepat, atau ambil nota yang lebih panjang dan terperinci. Ketahui perkara yang diperlukan untuk bermula dengan Nota pada Mac.

Bermula dengan Nota

Tetingkap app Nota pada Mac menunjukkan rakaman audio dalam isi nota. Butang Tunjukkan Transkrip aktif dan transkripsi langsung rakaman audio ditunjukkan.

Rakam audio dan lihat transkripsi langsung

Rakam sesi audio terus dalam nota anda dan janakan transkrip audio langsung. Transkrip boleh dicari, jadi anda boleh menemui detik yang anda cari.

Cara merakam dan mentranskripsikan audio

Tetingkap app Nota yang dipangkas pada Mac menunjukkan pelbagai perbelanjaan—termasuk pas, kayak, pelindung matahari dan air. Nota menyelesaikan masalah penambahan dan pembahagian secara automatik dalam baris.

Kira nombor, nilaikan ungkapan dan banyak lagi

Kira jawapan untuk aritmetik asas dan ungkapan rumit, serta bekerja juga dengan pemboleh ubah—terus daripada Nota. Sebaik sahaja anda menaip tanda sama dengan, Nota menyelesaikan ungkapan sebaris.

Cara menyelesaikan matematik

Tetingkap app Nota pada Mac menunjukkan serlahan warna berbeza. Sebagai contoh, serlahan biru menunjukkan kata kunci dan serlahan jingga menunjukkan definisi.

Kod warnakan dunia anda

Dengan ciri gaya serlahan baharu, tandakan nota anda dengan cepat dan jadikan teks menonjol.

Cara memformatkan dan menyerlahkan teks

Tetingkap app Nota pada Mac menunjukkan bahagian boleh diruntuhkan—dua diruntuhkan dan satu dibuka. Bahagian tertutup menunjukkan hanya tajuk dengan butang bahagian terbuka. Bahagian terbuka menunjukkan subtajuk, isi teks, tag dan imej.

Bahagian boleh diruntuhkan

Ringkaskan dan sembunyikan teks dengan tajuk bahagian boleh diruntuhkan, menjadikannya mudah untuk mengurus nota penuh teks anda.

Cara menyusun dengan bahagian boleh diruntuhkan

Tetingkap app Nota pada Mac menunjukkan nota yang menyertakan foto besar bukit dan sungai.

Gambar bernilai seribu perkataan

Seret dan lepaskan gambar, video, PDF dan fail lain ke dalam nota anda. Anda juga boleh menambah kandungan ke nota terus daripada Safari, Peta dan banyak app lain.

Cara menambah foto, fail dan banyak lagi

Untuk meneroka Panduan Pengguna Nota, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.