Panduan Pengguna Numbers untuk iPad
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Bermula dengan Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Sesuaikan bar alat
- Asas skrin sentuh
- Gunakan Apple Pencil dengan Numbers
- Hak Cipta
Bermula dengan Numbers pada iPad
Numbers memudahkan anda mencipta hamparan yang teratur dan kelihatan profesional. Ini caranya untuk bermula.
Pilih templat
Membuat bajet? Menjejaki simpanan anda? Mendrafkan invois? Numbers mempunyai templat yang dilengkapi dengan jadual, carta dan formula untuk membantu anda bermula. Pergi ke app Numbers dan ketik Pilih Templat untuk membuka pemilih templat.
Tukar rupa helaian anda
Anda boleh menukar rupa objek—seperti warna isian, jidar, bayang dan banyak lagi. Ketik objek untuk memilihnya, kemudian ketik untuk membuka kawalan pemformatan. Setiap objek mempunyai pilihan pemformatannya sendiri; contohnya, apabila anda memilih imej anda hanya melihat kawalan untuk memformatkan imej.
Bekerja dengan formula dan fungsi
Anda boleh mencipta formula aritmetik yang ringkas atau rumit untuk melaksanakan pengiraan pada nilai dalam jadual anda. Untuk membuka papan kekunci formula, ketik sel, ketik di bahagian bawah skrin, kemudian ketik di atas papan kekunci di sebelah kanan.
Eksport hamparan anda
Anda boleh menghantar salinan hamparan anda sebagai fail Numbers atau dalam format lain seperti PDF, Excel atau CSV. Ketik dalam bar sisi, kemudian klik Hantar Salinan atau Eksport dan Hantar, yang menghantar hamparan anda dalam format selain fail Numbers.
Ingin mengetahui lebih lanjut?