Panduan Pengguna Numbers untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Bermula dengan Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Hak Cipta

Setkan format filem dan imej untuk hamparan Numbers pada iPhone
Numbers menyimpan filem dan imej dalam format asalnya tanpa mengira sama ada format boleh dilihat pada komputer dan peranti lebih lama. Anda boleh menukar seting pengoptimuman jika anda mahu memastikan video dan imej menggunakan format yang lebih baharu—sebagai contoh, Pengekodan Video Kecekapan Tinggi (HEVC), Codec Imej Kecekapan Tinggi (HEIC) atau Apple ProRes—boleh dilihat pada sebarang komputer atau peranti.
Optimumkan format video dan imej
Apabila anda menambah fail media HEVC, HEIC dan ProRes kepada hamparan anda, Numbers boleh menukarnya menjadi H.264, JPEG dan PNG supaya ia boleh dilihat pada peranti Mac, iPhone dan iPad yang lebih lama.
Pergi ke app Numbers
pada iPhone anda.
Buka hamparan, ketik
, skrol ke bawah, kemudian ketik Seting.
Aktifkan Optimumkan Media untuk Peranti Lebih Lama.
Seting ini digunakan hanya pada filem dan imej yang anda tambah mulai sekarang dan bukan pada sebarang media sedia ada dalam hamparan anda.