Panduan Pengguna Numbers untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu dalam Numbers 14.2
-
- Bermula dengan Numbers
- Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain
- Cipta hamparan
- Buka hamparan
- Elakkan pengeditan secara tidak sengaja
- Peribadikan templat
- Gunakan helaian
- Buat asal atau buat semula perubahan
- Simpan hamparan anda
- Cari hamparan
- Padamkan hamparan
- Cetak hamparan
- Tukar latar belakang helaian
- Salin teks dan objek antara app
- Asas skrin sentuh
- Hak Cipta
Henti berkongsi hamparan dalam Numbers pada iPhone
Jika anda ialah pemilik hamparan yang dikongsi dengan orang lain, anda boleh henti berkongsinya untuk mengelak sesiapa sahaja daripada melihat atau mengeditnya.
Petua: Jika anda menjangka untuk menjedakan perkongsian bagi kumpulan buat sementara, mulakan kerjasama anda dalam Finder, di iCloud.com atau di Box.com. (Jika anda berhenti dan memulakan semula perkongsian dalam Numbers, semua maklumat aktiviti sebelumnya mungkin hilang.)
Dalam hamparan dikongsi, ketik dalam bar alat.
Ketik Urus Hamparan Dikongsi.
Ketik Henti Berkongsi.
Isyarat bertanya jika anda betul-betul mahu berhenti berkongsi hamparan. Ketik Henti Berkongsi untuk mengesahkan.
Sesiapa yang membuka hamparan semasa anda berhenti berkongsi akan menerima isyarat. Hamparan ditutup apabila mereka menutup isyarat dan hamparan dikeluarkan daripada iCloud Drive mereka.
Pautan asal ke hamparan tidak lagi berfungsi, kecuali anda berkongsi hamparan lagi kemudian dan mengesetkan akses kepada “Sesiapa sahaja dengan pautan”. Jika akses disetkan kepada “Hanya orang dijemput”, pautan asal berfungsi hanya untuk orang yang anda jemput semula ke hamparan.
Nota: Jika anda pemilik hamparan dikongsi dan anda memindahkannya ke lokasi lain, pautan akan terputus dan peserta akan hilang akses kepada hamparan.