Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu
- Hak Cipta

Tambahkan tarikh dan masa dalam Pages pada iPhone
Dalam dokumen pemprosesan perkataan, anda boleh menambah tarikh dan masa pada pengepala, pengaki atau mana-mana tempat lain pada halaman. Dalam dokumen tataletak halaman, anda boleh menambah tarikh dan masa pada pengepala, pengaki, kotak teks, bentuk atau jadual.
Pergi ke app Pages
pada iPhone anda.
Buka dokumen, kemudian ketik dua kali pada halaman untuk meletakkan titik sisipan di tempat yang anda mahu tambah tarikh dan masa.
Untuk meletakkannya dalam pengepala atau pengaki, ketik
, ketik Pilihan Dokumen, ketik Persediaan Dokumen, ketik Pilihan Lanjut, kemudian klik sebarang daripada tiga medan teks (anda boleh menggunakan sebarang gabungan pada medan untuk pengepala atau pengaki anda). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengepala dan pengaki, lihat Tambah dan keluarkan pengepala dan pengaki.
Ketik
dalam Bar Format Cepat di atas papan kekunci, kemudian ketik Tarikh & Masa.
Nota: Jika anda tidak melihat Bar Format Cepat, anda mungkin perlu mengaktifkannya. Ketik
, ketik Seting, kemudian aktifkan Tunjukkan Bar Format Cepat.
Ketik tarikh dan masa yang dimasukkan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar format tarikh dan masa: Ketik Format, kemudian pilih cara anda mahu tarikh dan masa dipaparkan dalam medan.
Tukar tarikh dan masa: Ketik kawalan bersebelahan Tarikh, kemudian pilih tarikh dan masa yang anda mahu kelihatan dalam medan.
Nota: Secara lalai, tarikh dan masa yang anda pilih kelihatan dalam medan yang dipilih sahaja. Untuk menukar tarikh dan masa dalam semua medan dalam dokumen anda, ketik Kemas Kini Semua Medan.
Jika anda mahu menukar tarikh, masa atau format kemudian, ketik tarikh dan masa dalam dokumen lagi.