Panduan Pengguna Pages untuk iPhone
- Selamat Datang
- Baharu
- Hak Cipta

Simpan dan namakan dokumen dalam Pages pada iPhone
Pages menyimpan dokumen anda secara automatik semasa anda bekerja dan memberinya nama lalai. Pada bila-bila masa, anda boleh menamakan semula dokumen atau mencipta salinannya dengan nama lain.
Namakan semula dokumen
Pergi ke app Pages
pada iPhone anda.
Buka dokumen yang anda mahu namakan semula.
Ketik
dalam bar alat, kemudian ketik Namakan Semula.
Masukkan nama baharu, kemudian ketik Selesai.
Untuk memadamkan nama semasa dengan cepat, ketik
dalam medan teks.
Simpan salinan dokumen
Pergi ke app Pages
pada iPhone anda.
Jika dokumen sudah dibuka, ketik
di penjuru kiri atas untuk melihat semua dokumen anda.
Sentuh dan tahan imej kecil dokumen yang anda mahu salin, angkat jari anda, kemudian ketik Duplikasi.
Duplikasi kelihatan dengan nombor ditambah pada namanya.
Jika anda tidak nampak dokumen yang anda salin, cuba carinya atau ketik Layari atau Terbaru di bahagian bawah skrin. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Bantuan Cari dokumen.