Lindungi dokumen Pages dengan kata laluan pada iPhone
Anda boleh memberi kata laluan pada dokumen agar orang yang mengetahui kata laluan sahaja boleh membuka dokumen tersebut. Kata laluan boleh terdiri daripada sebarang gabungan nombor, huruf besar atau huruf kecil dan aksara papan kekunci istimewa.
Dokumen hanya boleh mempunyai satu kata laluan. Jika anda menukar kata laluan sedia ada semasa anda berkongsi dokumen dengan orang lain, kata laluan baharu menggantikan yang asal. Jika anda menambah kata laluan selepas anda berkongsi dokumen, pastikan anda memaklumkan peserta.
Penting: Tiada cara untuk memulihkan kata laluan anda jika anda melupakannya. Pastikan untuk memilih kata laluan yang anda tidak akan lupa, atau tulisnya di tempat selamat
Jika iPhone anda mempunyai Face ID (ciri pengesanan muka) atau Touch ID (ciri pengesanan cap jari), anda boleh menggunakannya untuk membuka dokumen yang dilindungi kata laluan. Untuk mendapatkan maklumat tentang menyediakan Face ID atau Touch ID, lihat panduan pengguna untuk peranti anda.
Perlukan kata laluan untuk membuka dokumen
Pergi ke app Pages pada iPhone anda.
Ketik , kemudian ketik Pilihan Dokumen.
Ketik Setkan Kata Laluan, masukkan maklumat yang diminta, kemudian ketik Selesai.
Nota: Menambah kata laluan pada dokumen akan menyulitkan fail.
Tukar atau keluarkan kata laluan
Pergi ke app Pages pada iPhone anda, kemudian buka dokumen yang dilindungi kata laluan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Tukar kata laluan: Ketik , ketik Pilihan Dokumen, kemudian ketik Tukar kata laluan. Masukkan maklumat yang diminta, kemudian ketik Selesai.
Keluarkan kata laluan: Ketik , ketik Pilihan Dokumen, kemudian ketik Tukar Kata Laluan. Nyahaktifkan Perlukan Kata Laluan dan taipkan kata laluan lama, kemudian ketik Selesai.
Orang yang anda jemput untuk bekerjasama pada dokumen dan orang yang mempunyai kebenaran mengedit boleh menambah, menukar, atau memadamkan kata laluan.
Buka dokumen dilindungi kata laluan dengan Face ID atau Touch ID
Pergi ke app Pages pada iPhone anda:
Lakukan salah satu daripada berikut:
Buka dengan Face ID: Ketik dokumen (jika anda nampak mesej meminta anda benarkan Pages untuk menggunakan Face ID, ketik OK), kemudian pandang peranti anda.
Anda boleh aktifkan atau nyahaktifkan Face ID untuk Pages pada bila-bila masa. Pergi ke Seting > Face ID & Kod Laluan > >App Lain, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Pages.
Buka dengan Touch ID: Ketik dokumen, kemudian letakkan jari anda pada Touch ID.
Jika anda menambah kata laluan kepada dokumen atau mengubah kata laluan sedia ada, kata laluan hanya digunakan pada versi itu dan versi seterusnya.
Jika dokumen dikongsi, untuk mengelakkan orang lain memulihkan versi dokumen tidak dilindungi atau versi dengan kata laluan yang lama, henti berkongsi dokumen, tambah kata laluan unik padanya, kemudian kongsi dokumen lagi.