Panduan Pengguna Pages untuk Mac
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Gunakan iCloud Drive dengan Pages
- Eksport ke Word, PDF, atau format fail lain
- Buka buku iBooks Author dalam Pages
- Kurangkan saiz fail dokumen
- Simpan dokumen besar sebagai fail pakej
- Pulihkan versi lebih awal dokumen
- Alihkan dokumen
- Padam dokumen
- Kunci dokumen
- Lindungi dokumen dengan kata laluan
- Cipta dan uruskan templat tersuai
- Hak Cipta

Bermula dengan Pages pada Mac
Pages memudahkan anda mencipta dokumen yang disesuaikan dan kelihatan profesional. Ini caranya untuk bermula.

Pilih templat
Mendraf laporan? Mencipta risalah? Menulis novel anda? Anda boleh menggunakan Pages untuk mencipta sebarang jenis dokumen yang anda mahukan, daripada dokumen pemprosesan perkataan biasa yang kebanyakannya teks, kepada dokumen tataletak halaman dengan grafik, pengendalian fon yang dikhususkan dan banyak lagi. Untuk bermula, pergi ke app Pages pada Mac anda, kemudian pilih Fail > Baharu untuk membuka pemilih templat.

Tambah teks
Cara anda menambah teks bergantung pada sama ada anda bekerja pada dokumen pemprosesan perkataan atau tataletak halaman. Dalam dokumen pemprosesan perkataan, hanya mula menaip atau klik ruang letak, kemudian mula menaip. Dalam dokumen tataletak halaman, semua teks terkandung dalam objek seperti kotak teks atau bentuk. Untuk menambah teks, tambah objek kepada dokumen anda, dwiklik objek, kemudian mula menaip.

Formatkan teks
Anda boleh menyesuaikan rupa teks dengan menukar fon, warna, penjajaran dan jarak. Untuk dokumen pemprosesan perkataan, pilih teks yang anda mahu sesuaikan, klik dalam bar sisi, kemudian klik butang Gaya. Untuk dokumen tataletak halaman, pilih teks, klik
dalam bar sisi, kemudian klik tab Teks.

Tambah objek dan media
Anda boleh menambah objek seperti kotak teks, jadual, foto dan banyak lagi ke dokumen anda. Untuk menambahkan objek ke dokumen anda, klik butang objek dalam bar alat, kemudian buat pilihan daripada menu timbul.

Eksport dokumen anda
Untuk menukarkan dokumen Pages ke dalam format lain, anda eksportnya ke dalam format baharu. Anda boleh mengeksport dokumen anda sebagai PDF, dokumen Word, EPUB dan banyak lagi. Untuk mengeksport dokumen, klik dalam bar alat, klik Eksport dan Hantar, kemudian pilih pilihan untuk menyimpan salinan dokumen anda dalam format baharu.
Ingin mengetahui lebih lanjut?