Cipta dokumen dalam Pages pada Mac
Untuk mencipta dokumen baharu, pertama sekali anda memilih templat untuk digunakan sebagai titik permulaan. Templat menggunakan fon dan warna dikoordinasikan untuk rupa bersepadu serta sentiasa menyertakan elemen ruang letak yang anda boleh gantikan dengan kandungan anda sendiri.
Terdapat dua jenis templat, bergantung pada jenis dokumen yang anda mahu cipta:
Pemprosesan perkataan: Untuk dokumen yang kebanyakannya teks, seperti laporan dan surat.
Tataletak halaman: Untuk dokumen dengan tataletak yang lebih tersuai, seperti buku, poster dan risalah.
Untuk mencipta dokumen pemprosesan perkataan atau dokumen tataletak halaman dengan cepat, lihat dua tugas pertama di bawah. Untuk melihat pilihan pemformatan dan reka bentuk yang lebih terperinci (termasuk pemformatan untuk bahasa lain), lihat tugas ketiga.
Cipta dokumen pemprosesan perkataan asas
Pergi ke app Pages
pada Mac anda.
Untuk membuka Pages, klik app Pages
dalam Dock, Launchpad atau folder Aplikasi.
Jika pemilih templat tidak kelihatan, klik Dokumen Baharu di penjuru kiri bawah dialog.
Dwiklik salah satu templat Kosong atau Landskap Kosong dalam kategori Asas.
Mula menaip.
Halaman baharu ditambah secara automatik apabila anda mencapai hujung halaman.
Pilih Fail > Simpan (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda), masukkan nama, pilih lokasi, kemudian klik Simpan.
Pages menyimpan perubahan anda secara automatik semasa anda bekerja, jadi anda tidak perlu risau untuk sentiasa menyimpan dokumen anda secara manual. Walau bagaimanapun, menamakan semula dokumen anda adalah idea yang baik supaya anda senang mencarinya kali seterusnya anda mahu bekerja pada dokumen. Anda boleh menukar nama dokumen atau menukar tempat dokumen disimpan pada bila-bila masa.
Jika iCloud Drive disediakan pada Mac anda, Pages menyimpan dokumen ke iCloud Drive secara lalai.
Untuk menutup dokumen, klik butang tutup merah di penjuru kiri atas tetingkap.
Cipta dokumen tataletak halaman asas
Pergi ke app Pages
pada Mac anda.
Untuk membuka Pages, klik app Pages
dalam Dock, Launchpad atau folder Aplikasi.
Jika pemilih templat tidak kelihatan, klik Dokumen Baharu di penjuru kiri bawah dialog.
Dwiklik templat Tataletak Kosong dalam kategori Asas.
Klik Teks
dalam bar alat untuk menambah kotak teks, kemudian mula menaip.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut untuk melaraskan kotak teks:
Gerakkannya: Klik di luar kotak teks untuk nyahpilih teks, kemudian seret kotak teks ke mana-mana pada halaman.
Saiz semula ia: Klik di luar kotak teks untuk nyahpilih teks, kemudian klik kotak teks untuk menunjukkan pemegang saiz semula segi empat. Seret pemegang di atas, bawah, atau sisi untuk mensaiz semula kotak teks secara mendatar atau menegak, atau seret pemegang penjuru untuk mensaiz semula kotak teks secara berkadaran. Jika penunjuk pemangkasan
kelihatan di bahagian bawah, seretnya sehingga semua teks kelihatan.
Pilih Fail > Simpan (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda), masukkan nama, pilih lokasi, kemudian klik Simpan.
Pages menyimpan perubahan anda secara automatik semasa anda bekerja, jadi anda tidak perlu risau untuk sentiasa menyimpan dokumen anda secara manual. Walau bagaimanapun, menamakan semula dokumen anda adalah idea yang baik supaya anda senang mencarinya kali seterusnya anda mahu bekerja pada dokumen. Anda boleh menukar nama dokumen atau menukar tempat dokumen disimpan pada bila-bila masa.
Jika iCloud Drive disediakan pada Mac anda, Pages menyimpan dokumen ke iCloud Drive secara lalai.
Untuk menutup dokumen, klik butang tutup merah di penjuru kiri atas tetingkap.
Cipta dan format dokumen
Untuk membuka Pages, klik app Pages
dalam Dock, Launchpad atau folder Aplikasi.
Jika pemilih templat (ditunjukkan di bawah) tidak kelihatan, klik Dokumen Baharu di penjuru kanan bawah dialog. Anda juga boleh menahan kekunci Option dan memilih Fail > Baharu (daripada menu Fail di bahagian atas skrin anda).
Dalam pemilih templat, layari templat mengikut kategori atau klik Semua Templat, kemudian dwiklik templat untuk membukanya.
Untuk melihat sama ada templat direka bentuk untuk dokumen pemprosesan perkataan atau tataletak halaman, klik
dalam bar alat. Jika terdapat tab Penanda Buku di bahagian atas bar sisi, ia ialah dokumen pemprosesan perkataan. Jika tidak, ia ialah dokumen tataletak halaman.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah atau edit teks: Dalam dokumen pemprosesan perkataan, hanya mula menaip. Titik sisipan berkelip menunjukkan tempat teks anda bermula. Dalam dokumen tataletak halaman, tambah kotak teks (lihat di bawah), kemudian taip. Untuk mengedit teks, pilih teks, kemudian taip. Untuk memformatkan teks dipilih, gunakan kawalan dalam bar sisi Format
di sebelah kanan.
Gantikan teks ruang letak: Klik teks ruang letak, kemudian taip teks anda sendiri. Sesetengah templat menyertakan teks ruang letak yang ditulis dalam lorem ipsum (Latin terkarau), tetapi teks anda taipkan untuk menggantikannya kelihatan dalam bahasa yang anda gunakan.
Tambah kotak teks, imej, bentuk atau objek baharu yang lain: Klik butang objek dalam bar alat.
Gantikan imej ruang letak: Klik
di penjuru kanan bawah imej ruang letak untuk memilih imej pada komputer anda atau seret imej daripada Mac anda atau halaman web ke imej ruang letak.
Tambah halaman: Dalam dokumen pemprosesan perkataan, halaman baharu ditambahkan secara automatik apabila anda menaip sehingga ke akhir halaman. Dalam dokumen tataletak halaman, anda perlu menambah halaman kosong secara manual—klik halaman yang anda mahu halaman baharu untuk ikut, kemudian klik butang Masukkan Halaman
dalam bar alat. (Anda juga boleh menggunakan kaedah ini untuk menambah halaman secara manual ke dokumen pemprosesan perkataan.) Lihat Tambah halaman.
Buat asal atau buat semula perubahan terbaru: Pilih Edit > Buat Asal atau Edit > Buat Semula (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda).