
Padam foto atau pulihkan foto dipadam dalam Foto pada Mac
Apabila anda memadamkan foto dan video daripada pustaka anda, ia diletakkan dalam album Terbaru Dipadam buat sementara.
Penting: Apabila anda memadamkan item untuk mengosongkan ruang storan, sila ingat bahawa anda juga mesti memadamnya daripada album Terbaru Dipadam untuk mengeluarkannya dengan sepenuhnya daripada komputer anda.
Padam foto dan video
Dalam app Foto
pada Mac anda, pilih item yang anda mahu padamkan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Padam foto dan video yang dipilih dalam paparan Hari: Tekan kekunci Delete, kemudian klik butang Padam yang kelihatan. Item yang dipilih dipadamkan daripada pustaka anda dan ditempatkan dalam album Terbaru Dipadam.
Padam foto dan video daripada album, tetapi bukan daripada pustaka anda: Tekan Padam. Item yang dipilih dipadamkan daripada album sahaja dan kekal dalam pustaka anda.
Padam foto dan video kemudian keluarkannya secara kekal daripada album Terbaru Dipadam: Tekan Command-Delete, kemudian buka album Terbaru Dipadam. (Jika album Terbaru Dipadam dikunci, gunakan Touch ID atau masukkan kata laluan anda untuk membuka kuncinya.) Pilih item yang anda ingin padam secara kekal, klik Delete, kemudian klik OK.
Bagi mengesetkan album Terbaru Dipadam untuk memerlukan kata laluan atau Touch ID untuk membuka kuncinya, lihat seting Foto.
Nota: Memadamkan foto dan video daripada Album Pintar (sebagai contoh, Terakhir Diimport, Kegemaran atau Video) akan memadamkannya daripada pustaka anda. Lihat Pulihkan item terbaru dipadam, di bawah.
Pulihkan item terbaru dipadam
Selepas anda memadamkan item, album Terbaru Dipadam kelihatan dalam bar sisi. Anda boleh membuka album untuk melihat item terbaru dipadam dan memulihkannya ke pustaka Foto anda.
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Terbaru Dipadam dalam bar sisi.
Jika album Terbaru Dipadam dikunci, gunakan Touch ID atau masukkan kata laluan anda untuk membuka kuncinya.
Pilih item yang anda mahu pulihkan.
Klik Pulihkan Semula.
Jika anda mempunyai Foto iCloud diaktifkan, anda boleh memulihkan foto dan video daripada iCloud selama 30 hari sebelum ia dikeluarkan daripada iCloud, Mac anda dan peranti Apple lain yang menggunakan iCloud. Jika anda tidak menggunakan Foto iCloud, foto dan video dipadamkan anda dikeluarkan daripada Mac anda sahaja.
Jika anda menggunakan Time Machine untuk menyandarkan komputer, anda mungkin boleh memulihkan item selepas ia dipadamkan secara kekal dari Mac atau iCloud anda. Lihat Pulihkan pustaka Foto daripada Time Machine.