Tambah, keluarkan dan edit foto dalam album dikongsi
Anda boleh tambah, keluarkan dan kemas kini foto serta klip video dalam album yang anda kongsikan.
Tambah foto, klip video dan Live Photos ke album dikongsi
Klik album dikongsi di bawah Dikongsi dalam bar sisi.
Klik “Tambah foto dan video.”
Pilih foto, klip video dan Live Photos yang anda ingin, kemudian klik Tambah.
Pelanggan album dikongsi anda boleh mainkan video dalam Live Photos. Untuk berkongsi Live Photos sebagai imej pegun sahaja, lihat tugas seterusnya.
Tambah foto, klip video dan Live Photos dari detik atau koleksi ke album dikongsi
Pilih foto, klip video atau Live Photos yang anda ingin.
Klik butang Kongsi dalam bar alat, kemudian pilih Perkongsian Foto iCloud.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Tambah komen: Taip komen dalam kotak komen.
Kongsi Live Photos: Untuk membenarkan penonton memainkan Live Photo, tandakan kotak semak Live Photo. Nyahpilih kotak semak Live Photo untuk berkongsi Live Photo sebagai imej pegun sahaja.
Tambah foto dipilih ke album dikongsi: Klik nama album dikongsi.
Tambah foto dipilih ke album dikongsi baru: Klik Album Dikongsi Baru, masukkan nama album, klik butang Tambah dan jemput orang untuk melihat album dikongsi anda, masukkan komen jika anda mahu, kemudian klik Cipta.
Keluarkan foto dan klip video dari album dikongsi
Klik album dikongsi di bawah Dikongsi dalam bar sisi.
Pilih item yang anda ingin keluarkan, tekan Delete, kemudian klik Padam.
Foto mengeluarkan item dari album dikongsi, tetapi meninggalkan item asal dalam pustaka anda.
Penting: Jika anda memadamkan foto atau video yang orang lain tambahkan ke album dikongsi, anda tidak akan mempunyai salinannya dalam pustaka anda. Jika anda mahu menyimpan item tersebut, muat turunnya daripada album dikongsi sebelum memadamkannya.
Edit foto dalam album dikongsi oleh orang lain
Untuk edit foto atau video dalam album seseorang yang dikongsi dengan anda, mula-mula anda mesti import foto ke dalam pustaka anda. Anda kemudian boleh mengeditnya seperti sebarang foto lain. Edit yang anda buat kepada foto dalam pustaka anda tidak mengubah foto asal dalam album dikongsi.
Klik album dikongsi di bawah Dikongsi dalam bar sisi.
Navigasi ke foto yang anda ingin edit, dwikliknya, kemudian klik Edit.
Klik Import.
Klik Edit.
Buat perubahan kepada foto.
Klik Selesai.
Foto diedit anda muncul dalam album Import dan dalam detik dalam paparan Foto. Untuk memindahkan foto diedit ke album lain, pilihnya, pilih Imej > Tambah Ke, kemudian cipta album baru atau tempatkan foto dalam album sedia ada. Untuk tambah foto diedit ke album dikongsi sekali lagi, klik Dikongsi dalam bar alat, buka album dikongsi dan klik “Tambah foto dan video.”