
Cari resit, dokumen, foto terbaru diedit dan banyak lagi pada Mac
Dalam app Foto, anda boleh mencari koleksi foto dan video dalam Utiliti di bar sisi. Anda boleh melawat semula foto yang anda edit, simpan, lihat atau kongsi baru-baru ini, atau mencari koleksi foto berdasarkan kandungan foto—seperti dokumen, resit, tulisan tangan dan ilustrasi.
Cari resit, kod QR dan banyak lagi dalam Utiliti
Pergi ke app Foto
pada Mac anda.
Klik Utiliti dalam bar sisi, kemudian klik koleksi yang anda mahu lihat.
Nota: Sesetengah koleksi Utiliti, seperti Tersembunyi dan Terbaru Dipadam, dikunci secara lalai untuk privasi anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Sembunyikan foto dan video daripada pandangan.
Cari item dipulihkan dan simpan atau padamnya
Jika foto atau video tidak disimpan dengan betul dan tidak dapat ditambahkan ke pustaka, anda mungkin menemui salinannya dalam koleksi Dipulihkan dalam Utiliti.
Nota: Koleksi Dipulihkan kelihatan dalam Utiliti hanya jika anda mempunyai foto atau video yang telah dipulihkan.
Pergi ke app Foto
pada Mac anda.
Klik Utiliti dalam bar sisi, kemudian klik Dipulihkan.
Control-klik item, kemudian pilih Padam Secara Kekal atau Pulihkan ke Pustaka.
Penting: Apabila anda memadamkan foto atau video dipulihkan, ia dipadamkan secara kekal. Anda tidak boleh memulihkan foto yang anda padamkan daripada koleksi Dipulihkan dalam Utiliti.