
Gambaran keseluruhan mengimport foto dan video ke dalam Foto pada Mac
Import foto dan video anda ke dalam pustaka foto anda supaya anda boleh mengatur dan mengeditnya dengan Foto. Anda boleh import foto dan video dalam pelbagai cara:
Menggunakan iCloud: Aktifkan Foto iCloud pada Mac dan peranti iOS anda untuk mengakses seluruh pustaka anda secara automatik. Atau, anda boleh aktifkan Strim Foto Saya untuk import foto terbaru anda sahaja. (Jika anda gunakan Foto iCloud, anda tidak perlu menggunakan Strim Foto Saya.) Lihat Gunakan Foto iCloud untuk menyimpan foto.
Dari kamera atau peranti mudah alih: Sambungkan kamera, iPhone, iPad, iPod touch, atau peranti mudah alih lain dan import foto serta video daripada peranti. Lihat Import foto daripada kamera atau telefon.
Dari media storan: Import foto atau video disimpan pada cakera keras atau peranti storan lain. Lihat Import foto daripada cakera keras, DVD dan peranti lain.
Dari app lain: Import foto dan video yang dihantar kepada anda dalam e-mel atau mesej teks, atau dimuat turun daripada Safari. Lihat Import foto daripada Mail, Safari dan app lain.
Secara lalai, foto diimport disalin ke dalam pustaka Foto. Jika anda suka, anda boleh simpan foto dan video di luar pustaka Foto—sebagai contoh, dalam folder pada Mac anda atau pada pemacu keras luaran—dan masih melihatnya dalam Foto. Jika anda perlu alih kandungan yang disimpan di luar pustaka ke dalam pustaka Foto anda, anda boleh melakukannya, juga. Lihat Tukar tempat Foto menyimpan fail anda.
Nota: Foto dan video yang disimpan di luar pustaka Foto tidak disimpan dalam Foto iCloud.