
Dengar podcast pada semua peranti anda
Maklumat podcast anda—termasuk rancangan yang anda ikuti, langganan saluran anda, stesen anda dan kedudukan main semasa—diselaraskan ke app Podcast pada Mac, iPhone, iPad dan iPod touch anda apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Pada Mac anda: Pergi ke app Podcast
, pilih Podcast > Seting, klik Umum, kemudian pastikan Selaraskan Pustaka dipilih.
Pada iPhone atau iPad anda dengan iOS 18, iPadOS 18 atau lebih baharu: Pergi ke Seting > App > Podcast, kemudian pastikan Selaraskan Pustaka diaktifkan.
Pada iPhone, iPad atau iPod touch dengan iOS 17, iPadOS 17 atau lebih lama: Pergi ke Seting > Podcast, kemudian pastikan Selaraskan Pustaka diaktifkan.
Apabila anda mendaftar masuk ke Apple Podcasts di web, rancangan diikuti, langganan saluran dan kedudukan main semasa anda diselaraskan secara automatik.
Jika anda mempunyai iPod classic, iPod nano, atau iPod shuffle, anda perlu menyelaraskan peranti anda dengan Mac anda untuk menambah podcast dan kandungan lain padanya. Lihat Selaraskan podcast antara Mac anda dan iPhone, iPad atau iPod touch.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Podcast melindungi maklumat anda dan membolehkan anda memilih kandungan yang anda kongsi, pilih Bantuan > Perihal Apple Podcasts & Privasi.