Sijil
Lampiran ke dokumen elektronik yang membenarkan pemindahan selamat maklumat melalui internet. Sijil digunakan oleh pelayar web dan mel serta app menghantar teks.
Apabila anda berkomunikasi dengan tapak selamat, maklumat yang ditukarkan dengan tapak disulitkan. Ini melindungi maklumat log masuk anda, nombor kad kredit, alamat dan data lain yang selamat.
Dalam macOS, sijil adalah sebahagian identiti digital anda dan disimpan dalam rantai kunci anda. Akses Rantai Kunci membenarkan anda mengurus sijil dan rantai kunci anda.