Pin tapak web yang dilawati secara kerap dalam Safari pada Mac
Anda boleh mengepin mana-mana tapak web yang anda kerap lawati. Tapak dipin berada di sebelah kiri bar tab anda dan di bahagian atas Kumpulan Tab dalam bar sisi, supaya anda senang untuk pergi kepadanya bila-bila masa. Setiap Kumpulan Tab boleh mempunyai tapak web dipinnya sendiri.
Pinkan tapak web
Dalam app Safari pada Mac anda, seret tab dengan tapak web yang anda mahu pinkan ke sebelah kiri bar tab.
Apabila tab mengecil dan memaparkan ikon atau pin kelihatan, jatuhkan tab ke tempatnya.
Anda juga boleh Control-klik tab, kemudian pilih Pinkan Tab.
Susun semula tapak dipin
Dalam app Safari pada Mac anda, seret tapak dipin sebelum atau selepas tapak dipin lain dalam bar tab atau bar sisi.
Nyahpin tapak web
Dalam app Safari pada Mac anda, seret tab dipin ke sebelah kanan bar tab.
Anda juga boleh Control-klik tapak dipin, kemudian memilih Nyahpinkan Tab.
Duplikasi tapak yang dipin
Dalam app Safari pada Mac anda, Control-klik pin, kemudian pilih Duplikasi Tab.
Tapak yang dipin dibuka dalam tab berasingan.
Tutup tab dipin
Dalam app Safari pada Mac anda, Control-klik pin, kemudian pilih Tutup Tab.
Tapak dipin kekal di tempat, walaupun apabila anda buka tetingkap Safari baharu atau keluar dan buka semula Safari.
Apabila anda klik pautan ke tapak web lain daripada tapak dipin, tapak web itu dibuka dalam tab baharu. Tapak dipin anda sentiasa menunjukkan tapak web yang anda pin.