Gunakan skema URL app lain dalam Pintasan pada iPhone atau iPad
Pintasan juga berupaya untuk berintegrasi dengan app lain melalui skema URL. Jika anda mahu menggunakan app yang mempunyai skema URL tetapi tidak disokong dengan tindakan terbina dalam pada masa ini, anda boleh membina URL secara manual menggunakan tindakan URL dan lancarkannya menggunakan tindakan Buka URL atau tindakan Buka URL X-Callback.
Nota: Banyak skema URL boleh menjadi sukar digunakan dan dinyahpepijat. Skema selalunya disertakan pelbagai parameter dan memerlukan teks untuk dikodkan URL yang boleh menjadi sukar dibaca. Namun begitu, meneroka skema URL tetap memberikan lebih banyak penyesuaian daripada app terbina dalam yang disertakan dalam Pintasan.
Hubungi pembangun app kegemaran anda untuk mengetahui jika mereka menggunakan skema URL pada masa ini, atau minta mereka gunakan skema URL supaya anda boleh mengautomasikan app mereka dalam Pintasan juga.